Sunday, December 4, 2011
6 bulan...
p/s gara2 dah lama tak update, buat entry pon ringkas je..huhu
Sunday, October 16, 2011
Maharaja Lawak Mega: Mulai 28 Oktober 2011
Sy rasa ramai yg dah tau pasal ni kan..tp pasti ada yg belum tau lagi..macam saya, baru je dapat tau..hehe ketinggalan bas...maklumle tenet lembap macam kura2..Maharaja lawak Mega 2011 bakal bersiaran di ASTRO WARNA setiap hari jumaat bermula 28 Okt ni..ha..program ni menampilkn 47pelawak professional dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura..
Antara peserta yg terlibat ialah
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)
Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid
bagi yg ada ASTRO WARNA tu, bole la tgk..kami yg takde estro ni tgk kat youtube jelah..tu pun klao ada..huhuh
Jom tgk promo Maharaja lawak mega ni..menarik gak videonye...
Info: kredit kepada Mangga online
Saturday, October 15, 2011
grr....geram....
Semenjak dua menjak ni,saya dah jarang sgt blogwalking, update blog pun tidak...
geram la intenet nih..lembap macam kura2.nak loading blog kemain lembapnye..huhu...sikit2 crash, sikit2 crash..hish....boleh stress mcam nih..huhu..ops...ibu mengandung tak bole stress2...huhu...
mmm kekadang rindu la nak BW lawat kawan2 yg datang, balas kunjungan..nak update apa yg patut, tp tenet ni spoil betol la..uwa.....yg peliknye time suami pakai, laju plak dia...isk2...pelik betol...
k, lah rasa nak baring la..lenguh pinggang duduk nunggu tenet ni dari tadi..eh?tgk..bila dah nak stop laju pulak dia...waaaa..dengki betol la...
Friday, September 30, 2011
novel alaf 21 dicetak rompak
berita ni sy dapat dari fan page FB Alaf21..so, kredit pada alaf 21 ye...saya kopi pes je
Pihak Grup Buku Karangkraf telah berjaya mengesan dua lagi tajuk novel Alaf 21 yang telah dicetak rompak. Novel-novel itu Kasih Benar Kasih karya Aleya Anessa dan Bukan Kerana Sayang karya Amiza Anas.
Kepada semua peminat novel, kami mohon agar anda lebih berhati-hati supaya tidak terbeli novel cetak rompak yang tidak berkualiti. Mungkin ada yang dijual dengan harga yang lebih mu
Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam difotostat.
2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.
Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.
hati2 ye kawan2 bg sesiapa yg suka baca novel..nampak macam serupa, tp sebenarnya terkena yg dicetak rompak..huhu
Thursday, September 29, 2011
kulit baru
Tuesday, September 27, 2011
tahniah

Monday, September 26, 2011
Google plus

salam kawan2..
Sunday, September 25, 2011
Saturday, September 24, 2011
trivia hari ini
2. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
4. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
5. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
lawak hari khamis

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka???
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
CICAK : isteriku tersepit pintu!
KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
p/s ketawa penawar duka..hehe
Wednesday, September 21, 2011
SUAMI : Ketika isterimu menangis, genggamlah tangannya...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk
begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
kredit: from FB

Tuesday, September 20, 2011
selamat pagi

Monday, September 19, 2011
::selamat pagi::
Tuesday, August 23, 2011
Tuesday, August 16, 2011
KL Gangster versi GTA
kali ni KL Gangster versi GTA..ala..game tembak2 tu...
jom layanz
Tuesday, August 9, 2011
iKLan Gangster
macam mana puasa hari ni?ok?
boring2 ni meh tgk vid ni sat..penah tgk cite KL Gangster?ala..film yg kaut utg juta2 tu.heee
ni ha saya nak share, tgk le vid ni, klako gak..plg klako sy tgk watak Jai dalam vid ni...heheh..meh layanz...
Friday, August 5, 2011
sutera bidadari
dah lama rasanya tak update blog, sejak majlis kawen tempohari...
ada banyak cite nak update, tapi tah le, rasa malas plak.huhuh..
ohye...sekarang ni saya duk kat umah je, belaja jadi suri rumah sepnuh masa..(kebetulan bulan puasa, bole la belaja2 masak sikit.huu)
hm..baru2 ni, saya baru abih baca novel sutera bidadari.bawah ni ada link lagu dari novel tu..(hebat tau siap ada video.tentunya hasil dari peminat Sdr Ramlee :))
camne?hebat tak?hehe, hebat kan..klo betul2 ada movie ni kan best.macam PGL tu.pastu siap ada sambungan2..kalah cite harry potter.hek2 :p ( gegurau je..tak salah kan berangan..mungkin bukan sekarang, masa depan nnti mana tau, cite ni akan difilemkan)
bila dah baca smapai abih, rasa2 macam ada sambungan lagi je...klo ada, bes la..ske dengan watak fiksyen laksamana sunan tu...
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 14, 2011
alhamdulillah
Tuesday, May 31, 2011
1 tahun 1 bulan 1 hari

hari ni dah genap 1 tahun 1 bulan 1 hari...patutnye entri ni ditulis semalam, tapi tak sempat la..takpe2 tajuk entri dah macam tajuk novel dah.hihi.
Melewati hari2 terakhir bergelak cik, amat mendebarkan,huhuhu. makan tak lalu, mandi tak basah, heee ...berdebar2 tau. bertambah berdebar2 ( yg ni berdebar2 risau , huhu ) cik abg demam2 pulak, tp alhamdulillah sekarang da baik..
mmmm kakak saya dari melaka pun dah gerak pagi tadi, harap dorang sampai dengan selamat...
oklah, lepas ni mungkin saya dah jarang2 update n blogwalking..tak sempat dah kot..akhir sekali, pada yg akan mendirikan rumahtangga, selamat pengantin baru, moga kekal hingga akhir hayat...amin....

Friday, May 27, 2011
don't folow me la..huhu
wah...tajuk bikin panas..heeheh
owh..kata2 diatas takde kena mengena dengan blogger ye.saya mengalu2 kan bloggers yg nak folow blog tak seberapa saya nih..heheh
mm..mmm...pernah tak anda gi sesebuah kedai, si pelayan/sales girl tu mengekor je mana anda pergi?haish rimas la...mengekor je memana kita p kan...
ada sesetengah cakap biar la, dah mmg keje dia macam tu...huhu, bole la nak ikut pun, tp jangan le dekat sangat, sampai kita nak pusing belakang balik pun tak bole..dah le tak bercakap atau tanya apa2, kalau beliau tanya apa2, bole le jawab nak tgk2/survey dulu barang kat sini..tak semestinya kalau masuk kedai tu wajib kena beli..ni dah mengekor serapat2 nya susah le nak patah balik..huhu.last2 terbeli jugak..huhu.bila tak beli, mula menjeling, buat muka tak puas hati...tapi, kekadang tu, bila kita perlukan bantuan, bole pulak dorang wat deeek je...ggrrrrr.....adeh la....macam2 peel.
Wednesday, May 25, 2011
kasih ibu sampai ke syurga...
semalam, saya n parent gi gerai makan, biasala dah penat2 sopin, perut haruslah diisi kan.heee..kebetulan pulak, makanan faveret saya( kuewteow tomyam) lambat sampai... mak lak order nasi goreng kampung klo tak silap...saya dok perati nasik goreng yg baru sampai tu...mak tanya nak ke..saya dengan selamba menggangguk..(niat nak main2 je)tak sangka, mak siap nak suapkan saya....heheh.bestnye...dapat manja gitu...dapat la 2, 4 , 5 suap.cukup la sementara order saya sampai..heheh.
p.s saya sayang mak saya..kenangan ini tak mungkin saya lupakan...
Tuesday, May 24, 2011
tolong hentikannya...
pernah tak anda semua mengalami situasi macam ni:
(peringatan: situasi ni takde kena mengena dengan sesiapa, cuma pandangan peribadi hasil permerhatian, terima kasih )
makcik A: dapat berapa A SPM anak si xx tu?
makcik B : 3 A je...
makcik A : 3 A je?dapat masuk U ke?(sambil buat muka siyes)
Alhamdulillah anak si xx dapat masuk U....
4 tahun kemudian..
Makcik B: dah abis dah blaja anak si xx tu..minggu depan konvo la...
makcik A : ye ke..bagus le tu, nak konvo ni tak buat kenduri kesyukuran ke...
Beberapa bulan kemudian...
Makcik A: anak si xx tu keje apa sekarang?
Makcik B: ntah , katanya keje biasa2 je..
Makcik A: la...keje biasa2 je..blja tinggi2, keje biasa je..tak kesian mak bapak ke anto sekolah tinggi2, tak tolong pape pun...
Bebeapa bulan kemudian:
makcik B: anak si xx nk bertunang minggu depan, dengan org jauh
makcik A :Ye ke, cepat sangat nak bertunang, keje pun tah pape lagi.
makcik B: takpela dorang nak bertunang, dah ada ikatan tak risau sangat..lagi pun duk jauh2...
Dihari pernikahan
makcik A: keje apa suami anak si xx tu?
makcik B : ntah le katanya keje gomen.
makcik A: ye ke..bape gajinya?
makcik B: taktau la pulak
makcik A: keje sekarang ni klo takat rm1000 je mana cukup, nak nak kat KL nu, bayk belanja
Dihari kenduri...
makcik A: eh tgk warna tema pengantin, tak sesuai langsung la
makik B: Eh ok je tgk, sesuai la
makcik A: sesuai ke?biasa je,(sambil geleng2 kepala ) pengantin tu gelap la, tak sesuai warna tu..tgk ni, kita buat kerja penat2, bg bunga telur je, kedekut betol lah..
makcik B: dorang save bajet tu...jgn la pk bukan2...
beberapa bulan kemudian..
makcik A: anak si xx tu dah mengandung belum?
makcik B: rasanya dah kot.
makcik A:dah ngandung?cepatnye?baru 1bulan dorang kawen?
makcik B: Takpelah dah rezeki...
Pernah tak anda semua mengalami situasi2 tersebut?huhu.taktau le kan, sejak dari kecik, sampai dewasa, ada je org nak amik tau, berapa keputusan SPM, belaja U mana, keja apa, gaji berapa, sampaikan soal peribadi pun semua org nak amik tau..apa agaknya org2 tu yg tak puas hati ye?
p/s: peringatan utk diri sendiri gak, jgn jadi terlalu sibuk nak tau hal org lain...
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
bersyukur dengan nikmat
salam hari minggu :)
mmm....pernah tak anda kehilangan deria bau ?saya pernah, masa demam tempohari. dekat2 2 minggu gak takde deria bau...rasa kehilangan sgt nikmat yg Allah bagi..ye lah cium bau makanan takder bau paper, bau bedak yg wangi tu pun takde bau pape..huhuhu.cuak rasanya..selesema dah baik masa tu tp masih tak dapat bau..huhuhu...mujur Allah tarik nikmat sekejap je, klo selama2 nya....nauzubillah..
oleh itu, bersyukur la nikmat yg Allah bg...contohnye klo kita ada wajah yg cantik, jgn gunakan kecantikan itu utk menggoda lelaki, klo kita ada mata, jgn tgk benda yg bukan2, klo kita ada mulut, bercakap la benda2 yg baik, jari jemari yg bole kita taip entry kat blog pun, taip la benda2 yg baik k, jgn jatuhkan org...:)
p/s : pesanan utk diri sendiri jugak...
Saturday, May 21, 2011
kalau dah sayang....
hari ni ada mud pulak utk update blog.hehe
mmm...ngantok lak pagi2 nih..huhuhu
saya nak cite, malam tadi, saya tak dapat tido nyenyak le.tgh sedap2 tido, kucing kesayangan saya geget lengan saya ler, berlubang bekas gegetan dia tuh..nasib tak berdarah.huhu..apa la nasib..
kucing saya tu kebiasaan manja, jinak, selalu gak tido di hujung kaki saya.ntah macam mana dia 'naik angin' malam tadi.huhu. terkejut le saya, mmg sebelum ni dia kadang2 ada gak gigit2 manja gitu.. tapi tak sangka lak gigit tgh malam tgh tido,edehh...nak marah pun dah sayang kan...lagi pon kucen..mana ada akal..agaknye dia nak kejut saya tahajud kot.hik2 :p
kucin saya ni pandai amik hati, dia tau dia buat salah, selalu buat muka kesian je.pastu bukan main manja lagi...bab minta makan, jarang pulak.klo tidak, pantang tgk saya ke dapur, sure minta makanan.hehe...gelagat dia tu buat saya rindu la nnti..huhuhu
oh ye, ada tgk maharaja lawak semlm?paling bes tgk sepah dan jambu. harap sngat sepah n jambu masuk final. dan of course jozan..klo ikut persembahan depa malam tadi, saya suke sepah pasal rewang tu, sepah jadi makcik2..hik2 terhiris kaki sbb ingat lengkuas tu mmg klako.heheh.Jambu pun tak kurang lawak, klako yus jadi robot.hik2.
jom layan video depa ^_^
lawak makcik2 sepah sedang rewang
robot yus :p
Thursday, May 19, 2011
pelik
tp saya pelik la, folower saya berkurang 1..er...dornag unfolow ke atau blog ni yg bengong?
huhuhu..sbb hari tu ada dengar2 blog tak bole bukak..huhuu
klo blogger unfolow takpelah...saya sedar blog saya ni jarang update.sbb tu kot..heheh takpe, saya tak kisah ^_^
update
Akhirnya saya dapat update blog setelah hampir 2 minggu demam.uhuhu
hari ni dah rasa betol2 sihat.cuma ada batok2 je..tak bole cakap byk2, klo tidak, batok tak berhenti.sakit....huhuhu..so better senyap je.hik2
Alhamdulillah lagi 2 minggu tuan punya blog akan bertukar title dari cik ke puan..hik2..cepat na masa berlalu.rasa macam semalam je cincin tunang disarungkan....
Sekarang ni, sedang giat kerja2 kat umah.hampir semua siap.cuma hiasan bilik dan gubahan hantaran belum buat lagi..awal lagi nak buat pun, nnti ilang seri..hik2
Dalam masa 2 minggu ni, macam2 perasaan bercmpur2.huhu.hepi ada, sedih pun ada..hepi sbb akan dpat bersama dgn org yg kita cinta. sedih pulak, sbb akan berpisah sementara dgn mak ayah....mmm ..mmm takpela..kemudahan IT yg ada sekarang ni manafaat kan le ye..FB ada, bole kontek2 selalu.hhihi..
Okle, saya stop sini dl. Rasa2 macam berkurun pulak pe baru update blog.hehe..ye lah..sekarang dah menghampiri zon sibuk :p Hmm..lepas kawen, tak sure dapat update ke tidak, klo suami izinkan, insyaAllah ada le update2 tekini.huhuhu
tata titi tutu...bye..
p/s: oh ye, pesanan utk nur, badge nur tu dah lama sampai, cuma tak sempt bgtau sbb demam.huhhu
Sunday, April 24, 2011
::27::
Wednesday, April 20, 2011
suke lagu nih
sejak si nabil tu main lagu grenade kt maharaja lawak, saya tersuka pulak kat lagu2 nih..hik2
Friday, April 15, 2011
muzikal komedi ML yg best
ML mnggu ke 3 sgt2 menarik..jom tgk antara yg best ^_^
Bermula dari gimik 2 penyingkiran, pestu usop datang,dan seterusnye persembahan peserta..
Usop Welca pandai nyanyi..kome..kome..kome....kome...fulstop.
Nabil kunun2 main piano ..terbaik 5 * ^_^
Persembahan medley JOZAN
Jambu yg jambu habis..muka lagend, hati cute.hehe
Shuib jd popuan..cute plak,hehhe
Jihan try jadi Yuna..bole tahan..tp sayang, undian tak byk utk dia.huhu
Alex...
Apa2 pon, terima kasih maharaja lawak kerana menceriakan hari2 saya..:D
Tomok - bagaikan bidadari (official music video)
suke pulak dengar lagu nih sekarang nih...
p/s tatau nak update ape..boh lagu je la..heee :p
Thursday, April 14, 2011
Nur Kasih The Movie (Official Trailer)
Sgt2 menarik trailer dan juge lagu tema filem nih..
sebab Tiz Zakyah tu nyanyi..bole tahan...
p/s kan bes Tiz kat luar pun macam tu..manis je tgk,sejuk mata memandang
Wednesday, April 13, 2011
Tuesday, April 12, 2011
[MTV] Shahir - Luar Biasa
Single terbaru Shahir..layanz..bes plak bile dengar lagu nih..berbakat rupanya shahir ni berlakon watak psiko..
eh..sekali pandang macam shah jaszle plak.ahaks :p
Sunday, April 10, 2011
::af?Maharaja lawak?ke usop welca yg bes?::
selamat berhujung minggu semua..
em,,nak cite pe eh..dah lama tak update..bukan tanak update..tp tak sempat la.... huhu(alasan tak bole pakai la wek :p ) heheh
em...walaupon saya jarang update, tp saya ada blogwalking blog korang semua tau..kekadang ada komen juge entry korang..sape2 yg bertandang ke sini, insya Allah saya balas kunjungan anda tu :)
Hmm sape kat sini tgk AF?Maharaja lawak?ada ke?ha..sape tgk, sila angkat tangan macam saya ..... (sila imagine si usup welca tu ye..)heheh
wah...populor la si usop tu sekarang nih..bermula dari ABPBH,pastu dalam rancangan FUHH, pastu Maharaja lawak...dalam radio ada tak eh?rasa macam ada, cuma saya tak dengar lak radio time tu..
berbalik pada AF dan maharaja lawak, mmm...saya lebih enjoy tgk maharaja lawak dari AF.huhu nape eh?sbb maharaja lawak bole menghiburkan hati saya kot..Af lak, mm...drama je lebih..nyanyi biasa2 je..ada la 2,3 org yg membuatkan saya terpegun malam td...(sambil dengar konsert Af, sambil layan game di FB) hehe..mm..keputusan malam tadi, pelajar pertama yg terkeluar ialah Laika..yg mendendangkan lagu KuBahagia..bole tahan la...tp terkeluar plak.huhu
Maharaja lawak lak, minggu ni takde penyingkiran lagi..Katanye minggu depan..tak berapa paham gak..maknanya ada 2 penyingkiran le kot nanti eh?macam2 la kejutan astro nih...hah cakap pasal astro, ramai yg tak puas ati sbb lepas ni Maharaja lawak dah tak siar di Prima, tp di Warna..kena langgan Mustika..pandai depa ni pasang stategi na..nak bg up rating, agaknye pakej mustika tak ramai yg pakai kot ? tu yg 'paksa' kastemer langgan mustika utk tgk maharaja lawak..huuu..
apa2 pon dalam peserta Maharaja lawak, saya plg suke, Jozan, Sepah, Jambu(minggu ke2 hari tu mmg bes), Nabil pon bes gak lawak dia.bak kata apek, lawak bersiri.:) kretip tol dia siap reka cipta produk.haha.yg lelain ok je.bole dipertingkatkan lagi..er..kumpulan Wai,.mm awat nampak cam takde 'kimia' je eh?dah 2 minggu lawak tak berapa menjadi..Amir pun..hope usaha lagi lah..wat lawak kretip lagi..bg kitaorg ni tergelak2 setiap hari Jumaat..
heheh...
Sunday, March 27, 2011
::frust::
ingatkan malam ni ada Trilogi Cinta...
Rupanya ada siaran langsung benda lain..
Kawan2 ada folow tak?bes juge tau cite ni..
Dulu sy ikut juge novel Sharifah Abu Saleem ni...Tak Seindah Mimpi dan Tak Semanis Impian
Tp sampai novel ke dua je..novel ke 3 saya tak beli sbb meluat dgn watak norseha tu..hehehe
Dalam cite ni pon mmg meluat tgk watak norseha. degil, mengada2, sampai hati dia goda abg ipa sendiri..huuu.
last episod hari tu, Bard nak kawen dgn norseha sbb Sharul yg jahat tu tak mau bertanggungjawab ...
Thursday, March 24, 2011
:insaf:
Hmmm...
Bila melawat org sakit mmg menginsafkan kan...
Baru2 ni saya ada melawat mak long saya yg tetiba diserang sakit jantung...
Pagi masa subuh masih sihat walafiat, bole solat dan bersarapan, kendian, dalam pukul 10 macam tu, beliau mengadu sakit dada, terus gi spital gi cek..dah cek, doc lak tahan beliau..tup2 dengar2 beliau dah masuk ICU.huhuhu
dalam dok sihat2 tadi dah dimasukkan ke ICU..terkejut juge..
menurut sepupu2 sy(anak2 beliau), mak long& paklong ni (sejak tinggal berdua-sbb anak2 dah beso belaka) selalu makan kat luar..makan kat lua faham2 je la..kita tak bole agak camne dorang masak.bape kandungan garam etc..
Tp dengarnye semalam maklong dah keluar dari spital..Alhamdulillah...
p/s bila dengar org terdekat dimasukkan ke ICU, mmg terasa insaf, nikmat Allah, bila2 Dia bole tarik balik, begitu juge sebaliknya...
Friday, March 18, 2011
::Kan dah cakap ^_^::
::Raja lawak: siapa juara?::
kawan2 ada folow Raja lawak tak?
heheh mlam ni dah final tau..
harap harap Man atau R2 yg jd juara..
tp tak tentu gak kan..sbb Balas undian dia mmg byk..
sy tak berapa suke Balas sbb lawak dorang ada double meaning la..huhuh
tp dalam paper hari ni dorg kt nak cube elakkan double meaning tu..bgusla...
apa2 pon tak kisah sape juara nye..sbb dorang sume mmg lawak la.hehe
p/s tak sabar nak gelak2 jap gi :p
Wednesday, March 16, 2011
::fb slow, baru nak update blog:
hmm...sejak 2 menjak ni kan, malas betol la nak update blog..owh..maafkan saya,kerana terlalu asyik dgn fb lah..
tapi kan tapi kan...fb lak sejak 2 menjak ni amat lah slow..nak main city vile teramat lah lembap nak loading.huhu.
rasanya kebanyakkan yg ada fb melalui perkara yg sama kan..
2, 3 bulan yg lepas terdengar ura2 yg mengatakan fb akan ditutup..
kabar angin je kan..so jgn la percaya..
pastu pagi td buka fb jap, tgk ruangan komen tu da tak payah tekan 'comment' dah..enter je terus bole komen..bagus juge..sbb kekadang bila nak komen, butang 'comment' tu 'lari' la..susah.uhuh.tak pasti lak sbb server ke atau sbb pc yg koman nih.haha
hm..tadi pon try gak bk fb..so slow lar...last2 buka blog..mmm ada sorang blogger (sy baru je folow ni) post pasal doraemon...kawan2 mesti ada tgk kan..bes juge, bole ilang stress kan.hehe
kata Khai, (tuan punya blog tu) dia ada episod last pasal doraemon..nak tgk ke?sila le ke blog beliau.. versi manga tp di videokan..nobita dah berjaya dalam life dia..tgk le ye kat blog Khai..
Saturday, March 5, 2011
::kembali::
saya kembali setelah beberapa hari tak update dan blogwalking..
sebenarnya saya demam panas..3 hari juge la cuti nye..dok uma je..bosan.tp hari ke 3 tu sempat gak keluar membeli barang2 keperluan..hehe
tp malang menimpa, masa nak balik, kena hujan pula..akibatnya, pagi tadi, bangun je tekak perit je..tp jgn riso..semuanya under control lagi..hik2
Alhamdulillah..
Wednesday, February 23, 2011
::Ku berjanji kerna cinta::
heheh
hujan sekarang nih..
mm..meh layan lagu anuar zain ni..bes la..:) er..satu lagi sedetik lebih..pun bes juge tau..tp tak jumpa lak video penuh dia...
layanz..hehe
Wednesday, February 2, 2011
::nyamannya::
bes la kenduri, bole makan free..heheh
Dah le angin pon sepoi2 bahasa je..bes...
Tuesday, February 1, 2011
lamanya tak update
hmm..sok sy da start coti..hehe..kawan2 yg lain plan gi mana eh?
hm..sepanjang coti ni dok umah je la kot..ada byk kenduri kat kg nih..kenduri kat kg kan kena pakat2 nolong..penat tu..takpe2 tu yg menjadikan kenduri kawen meriah kan..hik2
hm..tgk ticker kat kanan, tinggal 4 bulan je lagi utk turn saya?macam tak caya je..huhu..cepat tol masa berlalu..persiapan baru buat sikit.huuu
Monday, January 10, 2011
::Ana Rafali: tahniah::
Keputusan yg tak dijangka kan..lagu Tolong Ingatkan aku menang AJL...
walaupun lagu tu ada dalam senarai saya lagu yg bes, tp tak jangka akan dapat nombor 1...
Keputusan AJL 25
Juara : Tolong Ingatkan aku(Ana Rafali)
Tempat 2 : Drama King (MUH&Black)
Tempat 3:Noktah Cinta (Hafiz)
Vokal terbaik: Hafiz
Persembahan terbaik : Faizal Tahir
p/s sgt suke kedua-dua persembahan Faizal Tahir ^_^
Tahniah menang persembahan terbaik..memang dijangka.hehe
Sunday, January 9, 2011
::Anugerah Juara Lagu:siapa menjadi juara?::
selalunye kena ikut kata majoriti lam umah nak tgk cite apa..
Lagu pilihan saya?dah tentulah Hanyut dari Faizal Tahir..Selamat Malam pon bes juge..Harap2 FT menang la salah satu lagu ni..dan harap2 juge Hanyut yg menang..sgt2 sedap lagu tu..ulang2 selalu pon tak boring dgr..hehe..jgn mara ye yg lain :p
yg lelain yg bes lagu Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali) Drama King (Black ft MUH)dan juge Sofea Jane (Black)..
yg lelain bes juge cume rasa lagu2 itu yg rasa mantopp..heheh
apa2 pon, kalah menang adat bertanding kan..cuma harap2 malam ni takde teguran lagi dari menteri etika berpakaian para artis..huhu
Saturday, January 8, 2011
::kesiannya::
Sunday, January 2, 2011
::sejuknya::
cuaca hari ni agak sejuk lah..nape ntah..ke badan sy tak sihat?huhu
mmm...bercakap mengenai sejuk, saya bersyukur,
sekurang2nya sejuk kat Malaysia ni tak macam negeri omputeh...hehe yg 4 musim tu...
sekarang ni rata2 negara dorang membeku..jadi 'peti ais'..huuu tak dapat bygkan klo saya dok sana..sejuk macam ni pon dah tak tahan ni kan pula sejuk membeku macam duduk dalam peti ais..

Menurut laporan lagi, Jabatan kaji cuaca memberi amaran bahawa musim sejuk
Zaman Ais mini kali ini dijangka berakhir pertengahan Mac dan ia yang terburuk
sejak 1683-84.
Mak aih..sejuknye..apa2 pon, saya bersyukur tinggal di Malaysia ^_^