Tuesday, April 27, 2010

.::Menunggu hari, detik demi detik::.





Hmm..mulai esok,sy bercuti sempena majlis tunang nnti ..lama juge nak cuti ni..dalam 4 hari gitu..huhu..nampaknye 4 hari la takle berblogging dan berfesbuk..huu.Kt umah lak tenet tak ok, dah lama gi buang.adeh la..

Em..pasal hantaran, dah 80% kot siap..malam nnti nak touch up lagi..barang kat umah pon berselerak, tambah pula Auni kat umah, dah tau le kan sape yg tukang selerak kan.hehe...
takpela..selerak2 pon, dia la buah hati pengarang jantung keluarga kami..hik2

Okle takde pe nak cite da, berdebar2 je tunggu hari..huuu

Sunday, April 25, 2010

::Auni Batrisyia::



Ni la anak sedara saya..Auni Batrisyia namanya..Ni pic lama..Pic baru belom ada lagi..huhuh..Auni baru berusia 1 tahun 7 bulan..tak lama lagi dah nak 2 tahun dah..Birthday dia 31 Ogos tau..senang nak ingat kan, sbb masa tu Hari Kemerdekaan Malaysia..heheh
Auni bermaksud lemah lembutku,ketenanganku,ketetapanku
Batrisyia pula bermaksud cerdik, pintar.

Haih..Mmg cerdik pon budak nih..Dah pandai cakap air, fish, jom. yg lain2 pon bole cuma ada pelat2 budak2 lagi la..heheh..Sy tgk, auni ni suke bergambar, tgk posing, kemain lagik..hihi
Tadi masa sblm nak p keje, Auni minta saya dukungkan dia..cian dia..dia ingat saya nak bawa dia sesama..huhu.Auni..Auni..Rindu la plak..

Saturday, April 24, 2010

::Ulang tahun ke 26::




Hari ni, genap la umur saya 26 tahun..huhu rasa da tua la..waa..ehem..memang pon kan..Cepat tol masa berlalu..Rasa cam semalam je ada dalam exam hall UIA. Kepenatan belajar,dengan aktiviti yg lain..huuu.Erm..lepas ni kena lebih matured la..Tak lama lagi dah nak melangkah ke alam baru..wah gitu...Ohya..Lagi 6 hari sebelum majlis tunang kami..InsyaAllah..Berdebar2 je..nebes nih..

Walaupun takde adiah, tp sy ttp hepi..sbb nye ramai kawan yg wish hari jadi saya hari ni di FB mahupun SMS..Lebih bermakna, bakal mak mertua pon ada wish dalam sms..hihi..seronoknye tak habis lagi nih ^_^..

Hadiah istimewa lagi, anak sedara saya, Auni Batrisyia pon dah ada kat uma..Baby Auni ni susah tol nak jumpa..dekat 4 bulan juge la tak jumpa..ye la..kakak dan abg ipa dok kat Melaka..Mmg susah le kitaorg nak jumpa..Sekarang ni malam2 melayan Auni je la..Hik2, suke tol dia bila didukung..Comel..Auni dan uminye akan ada kat uma sampai le majlis tunang saya.InsyaAllah..
Hopefully, semuanya berjalan lancar la masa majlis tu nnti..Majlis sy nnti juz simple,kenduri sikit dan sarung cincin..Takde pelamin, fotografer khas etc.Jimatkan dwet utk kawen nnti..hehe..
Okle setakat ni je, nak tgk FB lak le, nak men farmvile..hee...

Thursday, April 22, 2010

::Tips2 Jadi Cemerlang(utk pelajar)::

(Pic dari pakcik google)

Tips2 ini utk pelajar-pelajar yg akan amik peperiksaan. Yang tak amik exam, tp nak jadi cemerlang pon ok..hee ^_^

1) Duduk tegak apabila berada didalam kelas atau ulangkaji pelajaran..Apabila duduk tegak, akan mengelakkan kita rasa mengantuk dan membuatkan kita fokus apa yg kita bca.

2)Tulis dan catatkan bila2 masa apabila melihat atau mendengar maklumat baru. Buat peta minda agar senang kite ingat dan faham apa yg kita sedang baca.

3)Gunakan nikmat mata yg Allah anugerahkan utk memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran dalam kelas.

4)Jaga telinga supaya tidak terpengaruh dengan bunyi2 disekeliling termasuk la muzik melalaikan dan juge gossip!

5)Paling penting jaga pemakanan. Pastikan makanan yg kita makan tu adalah yg halal dan berzat. Contohnye sayur2an, buah2an, kismis, madu, susu dll.

6)Beriadah bila perlu..Ia membantu mengeluarkan peluh supaya kita merasa segar dan perjalanan darah tidak tersekat.

7)Tidur yg berkualiti..Jgn tidur lewat..Sebelum tidur, pastikan gosok gigi dan berwuduk.Bangun pagi jgn lupa solat Subuh ye..

8)Akhir sekali, berdoa2 dan bertawakal lah..Moga kejayaan milik anda ^_^





Wednesday, April 21, 2010

::Contest mai secawan::

Jom join Contest Mai Secawan



Cam biasa la ada le syarat nye..

1)Jadi folower mrsfiza212 (sudah buat)

2)Pastu copy paste entry kat bawah nih (sudah buat )

3)Pastu tinggalkan link kat blog beliau (jap gi bila dah publish post ni.hehe)

4)Lepas tu, tunggu je pengumuman dari beliau sape yg menang.Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah..(doa2kan saya yg bertuah..heheh)

5)Tarikh ttp 10 Mei..(bole sertai lagi ni)









Khasiat Kopi Radix:


Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.


Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.


Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.


Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.


Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :


Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
Halban (IMUNITI).
Larak Hutan (KARDIOTONIK).


Saya mmg dah amalkan kopi Radix ni..Sedap dan berkhasiat..Mai secawan..heheh

Tuesday, April 20, 2010

::Sambungan..::


16) Jadilah suami yg menjadi penawar hati isteri. Ambil tahu keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri

17)Simpanlah rahsia isteri. Suami mithali wajib menyimpan rahsia isterinya.Hal2 berkaitan suami isteri WAJIB anda dan pasangan aje yg tahu..

18)Keluarga isteri dan keluarga anda tiada bezanya..Kedua2 nya harus dilayan sama adil. JANGAN membeza2 kan diantara keduanya jauh sekali memusuhi mereka.

19)Cemburu bertempat. Cemburu tanda sayang kan? Suami yg tidak cemburu adalah dayus. Isteri juge suke apabila suami punya sifat cemburu dan membuatkan dia rasa dihargai.

20)Jadilah suami yg pemaaf kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Maafakn isteri sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.

21)Tegurlah isteri dengan hikmah dan penuh kasih sayang.

22)Jadikan Nabi Muhammad sebagai idola dengan meghidupan sunnah dalam rumah tangga

23)Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Ini adalah sunnah yg mengeratkan hubungan anda berdua.

24)Sentiasa dahulukan keperluan isteri daripada org lain.

25)Ingatkan isteri mengenai solat dan ibadah lain.Sekiranya berjauhan, telefon atau ingtkan nya melalui SMS.

26)Cintailah isteri sepenuh hati, tanpa syarat dan berteraskan iman dan taqwa..

27)Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri sendiri dulu.

28)Perlihatkan keprihatinan yg tinggi dalam keluarga. Cuba tanyakan apa lagi khidmat tambahan yg patut diberikan kepada keluarga.

29)Pamerkan kematangan yg tinggi kerana org yg matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30)Memuliakan semua perempuan bukan isterinya sahaja. TAPI yg berkaitan dengan diri suami sahaja..

Kesimpulannya, baik isteri mahupun suami, perlu tahu tanggungjawab masing2..Jangan abaikan pasangan anda. Anda memilih pasangan anda dan perlu menerima kelebihan dan kekurangan dalam diri pasangan. Jangan terlalu mengharapkan yg lebih dari setiap pasangan. Bersederhanalah dalam setiap perkara, insyaAllah hubungan akan jadi aman damai..

Sekian..^_^

Monday, April 19, 2010

::30 pesanan buat para suami(bakal suami pun ok ^_^) ::




Dipetik dari Majalah NUR April 2010 (m.s 116&117)

1)Sentiasa berniat dan berdoa menjadi suami cemerlang.

2)Sentiasa bersyukur dengan jodoh yang ditentukanNya.Yakinlah pasangan anda adalah yg terbaik utk anda.

3)Jadilah suami mithali yg dibanggakan isteri..Tunjukkan contoh yang baik kepada isteri.

4)Peruntukkan masa berbual dengan isteri walaupun sebentar. Setiap isteri pasti akan bahagia apabila suami berbual dengannya.

5)Pulanglah dengan senyuman dan bersemangat bukan dengan menunjukkan muka letih dan meminta layanan bagaikan raja.
6)Gunakan masa didalam kenderaan utk bergurau senda dengan isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja.Jangan diam2 je ok.

7)Ringankan tangan telefon atau sms kepada isteri dan menyatakan sayang dan rindu kepada isteri anda. Pasti isteri anda berbangga dan sepanjang hari tersenyum je ^_^

8)Selain menghubungi isteri, hiburkan hatinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan. Gurauan pasti mengeratkan hubungan anda.

9)Jadikan makan malam bersama setiap hari sebagai kemestian. Ketika makan, anda boleh berbual dan saling menasihati.

10)Bantu isteri buat kerja rumah bagi meringankan bebannya selain mengeratkan kasih sayang antara pasangan.

11)Jadikan mesyuarat keluarga satu amalan. Ini bg membantu menyelesaikan pelbagai masalah

12)Pastikan penampilan anda sentiasa kemas,bersih, wangi, sihat dan ceria..Suami ceria, isteri pon suke ^_^

13)Mendidik isteri tanggungjawab suami.Jadi, didiklah dengan cara memberi nasihat berhikmah bukan cara dengan memperli-perli..huhu(tak baik tau)

14)Jangan abaikan nafkah kepada isteri.Walaupun isteri juga bekerja, tidak adil utk dia tidak menerima nafkah dari suami.

15) Taatlah kepada perintah tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kerana sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab atas segala yg dilakukan keluarganya.




Sekian dl..sambung sok lak..penat lak nak tep ptg ni.huhu

::Net Queen::


Mmm tadi tgk kat shout, ada link ke web nih..promoted by anazeyy..web baru, menarik juge cara promosi dia..

Daftar kat netqueen pastu yg bertuah akan dapat t.shirt free.ada juge syarat2 nak dapt adiah tu..mm..bagi saya tak dapat t.shirt free pon takpe, memandangkan isi kandungan dlam ni best juge.Ada cerita pasal kaum Adam dan juge kaum Hawa.Hee..menarik2.Bg kawan2 yg nak asah bakat dalm penulisan pon bole taruk kat sini, nnti kawan2 lain akn bg komen membina..Okla,tamau cerita pjg, jom regis netqueen..dan dapatkan t.shirt percuma ^_^

Sunday, April 18, 2010

::Anis E-shop giveaway contest..::


Salam hai..selamat berhujung minggu bg yg bercuti hari ni..Kitaorg kat Kedah ni Ahad dah keje..Hari Ahad, biasanya tak ramai kastemer, so rilex sikit sambil2 blog walking..

Ha..sambil2 blog walking tu..terjumpa lak giveaway contest..kali ni dianjurkan oleh Anis E-shop.
Oh ya..contest ni start 13April lepas sampai la 27 hb ni..so ada byk masa lagi bagi sesape yg nak join tu ye.Dari apa yg saya tgk, Anis-eshop ni menawarkan byk shawl menarik dan juge barangan kecantikan..semuanya murah2..Jualan wholesale pun ada bg yg membeli dgn kuantiti yg banyak.sesuai juge kalo ada yg nak wat biznes kecil2an.Oh ya..mereka juge akan memberikan reward points setiap kali anda membeli disini..mengikut tuan punya blog, setiap pembelian bernilai RM 10 akan dapat 1 reward point, kalo da kumpul sampai 10 points lak akan dapat rebate RM 5 utk pembelian selepas itu..Menarik kan?Jadi, selalu lah membeli di Anis E-Shop sbb anda akan dapat kualiti terhebat di samping menjimatkan wang dan masa. ^_^

Okle sekian utk review nih, nk blog walking lak ^_^

Saturday, April 17, 2010

::wah::


Tadi buka web nufnang jap.terkejut gak tgk ada org klik nufnag dari Qatar,India and UK..pandai juge depa ni baca tulisan Melayu eh.heheh..ok la klik jgn tak klik ok ^_^

Friday, April 16, 2010

::Salam::

Tak sangka juga..blog ni ada ada juge org baca..hee..dari hari ke hari, folower saya bertambah, alhamdulillah..dah singgah2 tu klik2 la encik nuff tu ek..bole juge tambah earning saya.^_^ hehe..pada yg klik tu time kasih..nnti saya klik balik ok..ha..sekarang ni ada pulak youthsays..mm..lebih kurang juge ni ngn nufnang.baru regis tadi..mula tgk dari blog adik ni http://akuperasanbaek.blogspot.com/

nnnti saya letak..anda semua yg baik hati, tlg klik eh..mekasih.. ^_^

Thursday, April 15, 2010

::Lunch::




Ada yg bertanya, bila saya masak lauk utk lunch nih?awal pagi ke?Mmm..saya masak tak la awal sgt ..dalam kul 9.30-10pg camtu..Habih tu bile waktu keje?heheh saya keje masuk kul 11a.m lah..Wah..keje apa lewat nye masuk?mm..saya keje kat Cyber Cafe la area Kedah..ye..saya keje kat sini walaupon ada degree..huhu..
Mmm..ada kelebihan keje kat sini..hari2 surf tenet free tau..blogwalking lagi la saya suke.free kan..heee..lagi satu, takde ada org kaco suh buat itu ini..Keje nye tak susah.Jaga je kaunter, lap2 komputer sikit, klo bos suh type surat pape, siapkan keje tu dl.Pastu layan anak bos yg kecik umo 4 tahun tu becakap, ok le..hihi.lepas masuk keje je, bos lak keluar, ikut dia la nak p mana kan..Time ni la, bole main tenet sepuasnye..hahah (gelak jahat nih )
Lagi satu kelebihan, gaji minggu2..seminggu je keje dah dapat gaji..hee..tiap minggu juge la saya kelua shooping(ikut keadaan juge la kan), tak pon shooping on9..tu yg suke..best..jamu2 mata,pilih yg mana berkenan, bayar, pastu tunggu je posmen anto..tak ke bes tu..
Kelebihan lain, dekat dengan family, hari2 org anta, berbanding keje kat KL dl, kena pk tambang bus, makan lagi..tu blm kira dengan sewa umah lagi,+ housemate lagi yg macam hampeh..(antara salah satu sebb saya pindah balik ke Kedah)huuu
Kesimpulannya, saya happy dengan kehidupan sekarang..tp of course la bile dah kawen nt, takkan nak keje camtu lagi kan..haha..keje dari rumah maybe?biznes online?will be considered.huhu
Eh, dah lunch, jom mam..pasni nak blog walking lak..ahaks :P

Wednesday, April 14, 2010

::Best::














Rasa hari ni hepi je..ntah nape.heheh..mood ok hari ni..bagusla kan..tamau moody2 dah.
jgn moody2 ok..(pesan pada diri sendiri..huhu)

Oh..rasanya sbb baca G3 kot..hi2..dah lama tak beli G3 (komik terbitan Karangkraf)..sonok le..bergelak ketawa dengan kartun..hik2 ilg tensyen tau.Pas tu belek2 lak NUR..syiok tgk gambar2 dan juge info2 menarik dalm tu..

Sebenarnya beli dah lama, tapi baru hari ni baca betol2..ada fesyen menarik, info menarik..semuanya ada..
Yg G3 tu cam biasa la kartun klakau gile..erm..sebut pasal G3 nih, pasal G3 ni ler segala2nye bermula..eh?apa tu?permulaan apa?ada la..heheh..Biarlah rahsia..huhu

::Teruja baca paper metro semalam::




Wah..terujanya baca metro semalam..
Tp nak jadi macam saudari Redmummy ni memerlukan ketekunan dan tak kenal erti putus asa. sentiasa blogwalking lah nampaknye..heheh.ni yg membuatkan teruja nih..semangat membara..lala..hihi

Tuesday, April 13, 2010

::Cabutan bertuah..yay!::

Meh ramai2 join cabutan bertuah ni..saje suke2 ^_^

RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!

::Lunch Hari ni..::




Lunch hari ni simple jek, telur goreng dengan ikan goreng masak asam lada hitam dan sayur sawi tumis(lupa nak snap pic)..ni yg utk kat umah, yg saya bawa bekal tak snap pic lak..huhu


Sunday, April 11, 2010

::Makanan pencegah kanser::


































(pic dari en.google)




Antara jenis makanan yg menjadi ubat dan mencegah kanser:

1) Yougurt rendah lemak
Mengandungi probiotik (bakteria baik) yg membaiki kesihatan usus anda..secara tidak langsung akan mengurangkan risiko kanser usus.

2)Ikan berlemak
Contohnye ikan salmon, makeral, sardin, ikan kod dan tuna mengandungi asid lemak yg kaya dengan omega-3..menda2 ni amat penting utk pertumbuhan tisu2 dan sel dalam badan anda tau..jadi jgn skip ikan ok..

3)Kekacang
Ia adalah sumber protein dan serat selain mengandungi kabohidrat, vitamin dan mineral.kekacang penting utk mengawal paral hormon dalam badan dan mengurangkan sindrom sebelum period..(PMS lah..hi2)

4)Keluarga tomato
Tomato ni mampu melindungi wanita daripada kanser payudara. buah tomato ni kaya dengan antioksidan yg boleh mengurangkan kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas..so lepas ni makan tomato ok, makan wat ulam pon sodap.hehe

5)Vitamin D
Sumber utama vitamin D ialah cahaya matahari dan makanan.Bagaimanapun, hanya makanan tertentu mengandungi vitamin D seperti ikan berlemak (seperti diterangkan diatas) minyak ikan, telur, dan sedikit daging serta keju
6)Beri
Semua jenis buah2an daripada keluaga beri( strawberi, beri biru, beri hitam)
Kesimpulannya, semua jenis makanan ini adalah makanan ubat..jadi kena jadikan amalan seharian utk mencegah penyakit..terutamanya kanser, yg mmg digeruni..
Info dari: Harian metro Ahad 11 April 2010 (edit sikit2,hehe )





::Saya hairan..::

(pic hiasan semata2)

Saya hairan lah..sekarang ni bila di perhatikan, majlis tunang org buat besar2, meriah,dengan pelamin nya, fotografer nye.. sekali tgk, macam kenduri kawen dah..dah jadi trend ke skrg nih?adoi..risau juge...majlis saya nnti simple2 je..takde pelamin, barang hantaran pon simple je.fotografer lak kawan sendiri.hihi kenduiri ttp ada sbb sekalikan dengan kenduri arwah..

Mungkin ada org akan cakap, ye la sekali dalam seumur hidup..tp..mmm..bertunang tak semestinya akan berkahwin dengan org yg kita tunang tu, betol tak?mmg la 90% dah mmg jadi hak kite, tp jodoh pertemuan Tuhan yg tentukan..dah belanja besar2 utk tunang, tup2 putus..kan rugi..bukan nak minta jadi (nauzubillah) tp kan elok, belanja yg besar tu digunakan utk kenduri kahwin nnti..masa kenduri kahwin buat la meriah2..tp ikut lah sekadar kemampuan..

Bg saya, kehidupan lepas kawen lebih penting kan..buat apa seronoknye sehari aje, tp lepas kawen dah menanggung hutang..bg yg mmg berkemampuan tak kisah la kan..bg yg biasa2 ni...kena pikirkan semua tu..huhuu

Friday, April 9, 2010

::Terkenangkan mu..::














Pagi smlm ms masa dok kemas2 bilik..terjumpa lak album lama, gambar2 masa zaman U dulu..heheh klaka lak,dl lain skrg lain..ha...

Sebnarnya bkn tu yg nak diceritakan..jeng jeng..heehe..dalam dok belek2 gambaq tu, terbelek lak gambaq2 kucin sy dl..kucin2 saya dah lama dh jadi arwah..huhuh..yg terbaru ni pon dah ilang..tatau la nape, mgkin sbb dia lawa sgt kot..huhu..bulu gebu, warna putih bersih..mmg menjadi kegilaan org la kalo tgk dia..comey, sikit2 org nak peluk dia..sy tuan dia rasa jeles lak kucin kita dipeluk2 sebegitu..heheh :P

Kucin saya yg hilang tu nama nya Cik Teh, sbb bulunya putih..manja sgt, ske duduk atas ribaan saya..Suke lari2 main dengan saya..huuu Bile bgn pagi dia ada lagi, bile ptg nk kasik makan malam, tgk2 tak balik pon, malam pon tak balik, pg sok pon tak balik, mmg sah la..dah kena kidnap..huhuuh..mak saya sampai termimpi2 Cik Teh..kecian mak, windu kat dia..

Sebenarnya Cik Teh ni ada kawan lagi sekor, namanya Cik Yeen..Namanya Yeen sbb warna bulunya oren..heee..depa ni mmg kawan baik la..sekor takde, seko lagi macam boring je tau, takde member nak main2..huhuhu.Cik Yeen ni bagus tau dia, berdisplin,nak 'uuk uuk'dia teriak dl(faham2 la eh..nak buang air la..)heheh.Tp sayang, dia ada hobi gigit anak ayam org..huhu..habis la bangkai anak ayam tu dia wak lik umah..Lepas main dia tinggal camtu je..adoyai, mak nak geram, last2 dia bermastautin kat market..huhuhu...sedey juge sbb lepas kehilangan Cik Teh, Cik Yeen lak buat hal..agaknye sbb takde member nak gigit2 dia kot..huhuh

Oh ya, Cik Teh& Cik Yeen ni kedua2nya jantan..mak tak suke yg betina sbb nti asek ada baby je..jenuh ar nak bela..mmg dari dl kebanyakkan kucin kitaorg yg jantan je..hik2

Kucing saya sekor lagi namanya O-men..namanya begitu sbb dia sgt comel masa ml2 jumpa dl..hik2 kecik sgt..dia ni dah arwah lama dh..kena gigit lipan kot..huhuh..cian saya tau..saya takde kat umah masa tu..mak yg menyedari dia dah takde..teresak2 juge la bila mak bagitau O-men dah takde..waa...
Mmm...dah2 tamau cite sedey..Best ada kucin kat umah nih, salah satunye, jadi peneman kita tau..saya kalo takot nak tdo sorang2, sy bawak masuk kucin tdo dengan saya..saya pelok kucin tu hik2..Pastu kan bile main2 dengan kucing, sonok abis.ilng tensyen..macam baby la..depa ni suke main2 dilayan macam tu la..

Kebaikan yg lain lak, dengan kehadiran kucin2 ni membuatkan segala makhluk halus takot, termasuk la cik ti dan cik lipas..haha..kucing saya mmg aktif bab2 ni..so far, ok la..hehe....meh kite tgk pic2 depa..tak banyak dalam simpanan pon..
p/s:org kate kalo amik pic kucing, kucing tu akan mati, saya tak pecaya semua tu..syirik je..berdosa, nauzubillah..huhu

Tuesday, April 6, 2010

Giveway?

Tadi jalan punya jalan, terjumpa lak giveaway ni..
Klik sini,http://ilovehandmadestuff.blogspot.com/
saya pon kurang arif sgt pasal ni..katanya jadi follower pastu buat entry pasal giveaway ni kat blog, klo menang, dpat ar adiah..hik2
Sebenarnya tak kisah pon dapat ke tak..saje je suke2..gi pun 1st time join menda nih..
Items yg ada dlm blog tu sume handmade..buatan tgn..sendri buat..cantik2 tau..ada chain letak kat enpon, keychain, brooch, name keychain..yg name keychain ni cam cute je..leh wat penanda buku kot?Heheh
sape2 nak beli gi la kat blog dia..saya tlg pomot jer...hik2 :p

Sunday, April 4, 2010

Jalan2 tgk blog ^_^

Sekarang ni suke pulak jalan2 ke blog org lain,terutama yg dah kawen..hee..bukan apa, blog2 dorang ni selalu ada byk resepi masakan..sy suke..al maklumlah tak berapa pandai masak..dengan penerangan lengkap, bole la saya cube..hik2..nak masak pon masa terhad ar..gi keje pagi, sampai umah dekat2 magrib.huhuhu..time cuti je ar leh try..