Tuesday, November 30, 2010

::Kucupan terakhir::

Sebak rasanya bila membaca muka depan harian Metro hari ni..

Kasih isteri hingga ke mati apabila suaminya yg baru menghantar isterinya ke tempat kerja maut dihempap tunggul pokok..

Sedihnya..bayangkan di tempat beliau..Pagi2 sediakan sarapan lepas tu suami hantar ke tempat kerja, tetiba dalam sekelip mata, suami meninggal dihempap pokok.Ya Allah..tabahlah..dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali..Maut tak kira waktu dan umur..muda2 pun dh boleh meninggal..

Apa pun, moga roh suami nya dicucuri rahmatNYA..amin..

Thursday, November 25, 2010

Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan, iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai mulai pagi Ahad ini dan dijangka berterusan sehingga 30 November ini.
Menurut Jabatan Meteorologi, dalam satu kenyataan semalam, keadaan sama dijangka berlaku di Terengganu, membabitkan Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang. Beberapa daerah di Kedah termasuk, Kubang Pasu, Sik, Kota Star, Pendang, Yan serta Padang Terap dan Perlis dijangka mengalami keadaan sama mulai pagi Isnin ini sehingga 1 Disember.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendahdan berdekatan tebing sungai.
Sumber : Harian Metro
Gambar: Carian google.

Wednesday, November 24, 2010

::Manafaat kasihi haiwan::

Tahukah anda, haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semulajadi?
Dengan menghabiskan masa selama 15 min hingga 30 minit setiap hari bersama haiwan kesayangan akan membuatkan paras hormon berkaitan tekanan menjadi rendah. Pada masa yg sama, paras hormon serotonin yg penting utk kesihatan menyeluruh pula meningkat.

Tidak seperti manusia, yg berasa bosan mendengar cerita yg berulang2, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yg baik kepada masalah dan cerita yg diluahkan anda. Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya..


Hakikatnya, individu yg membela haiwan peliharaan biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang dari asyik memikirkan masalah...

Info: Metro Ahad
Gambar: kucin sendiri..hihi - kucin saya ni mmg hyperaktif..nampak benda bergerak je, semua nak tangkap.Panjat dinding ,masuk dalam topi keledar ni faveret dia la..bunga hiasan tu plak, habis dia cabut..macam mana?haha kena tgk sendiri..huhu

Wednesday, November 17, 2010

::Selamat Hari Raya::


Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam..
Diharapkan hari raya kali ini membawa seribu satu makna dalam hidup kita..
Kat Kedah sekarang ni mendung nak hujan je..mood raya pun agak kurang la..huhu

Ohya..hari ini juga hari yg special juga tau..Hari ni birthday tunang saya..hehe(interframe lak) (Hepi ni dear)..
Bithday beliau kali ni yg ke 28..(bertambah usia)mmm..berjauhan lagi ...tak dapat nak celebrate sesama...tp takpe2, next year sure kite celebrate sesama kan..InsyaAllah..
Tahun ni hepi la beliau celebrate di rumah bersama keluarga+raya aji sekali..jarang dapat tu..



Apa pa pun...tumpang seronok utk abg..ada special gift menanti..mungkin smpai lambat sikit kot..huhu..tunggu ye...

Dan pada sesiapa yg birthday hari ni, selamat hari jadi juge ye..terutama blogger mscetobery
Baru je kenal ni..hehe..semoga panjang umur dan dimurahkan rezki..



Monday, November 15, 2010

::Gunung2 yg masih aktif di Indonesia::

Selepas Gunung Merapi yg meletup baru-baru ini, status gunung berapi diseluruh Indonesia turut meningkat sehingga mendorong penduduk setempat sekitar gunung bersiap sedia.
Catatan terbaru Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menunjukkan status gunung yg terletak diseluruh Indonesia berdepan dengan aktiviti luarbiasa. Berikut ialah 19 gunung berapi yg diletakkan status waspada oleh pihak berkuasa Indonesia.

1)Gunung Seulawah Agam

2)Gunung Sinabung
3)Gunung Talang
4)Gunung Kaba
5)Gunung Kerinci
6)Gunung Anak Krakatau
7)Gunung Pepandayan
8)Gunung Slamet
9)Gunung Bromo
10)Gunung Semeru
11)Gunung Batur
12)Gunung Rinjani
13)Gunung Rokatenda
14)Gunung Sangeang Api
15)Gunung Egon
16)Gunung Sepotan
17)Gunung Lokon
18)Gunung Gamalama
19)Gunung Dukono

Sumber: Metro Ahad

Sunday, November 14, 2010

::Letih berjalan::

Hari ni terasa letih la..bangun pg tadi pun rasa tak bes je..huhu..Penat berjalan..Kaki sakit
Semalam saya off..Keluar membeli barang sikit..
Hmm..buat persiapan sikit utk hari bahagia nnti..hehe

Ohya..ramai yg tanya keadaan banjir ditempat saya..
Alhamdulilah, rumah dikampung saya kat Changlun,
tak naik air..Ada la 2,3 buah rumah saudara saya naik air terutama di kawasan rendah..
Tempat kerja saya pun naik air..dekat seminggu juge off.tp Alhamdulillah barang2 semua selamat..

Semalam gi Jitra, terjumpa pula kawan lama sekolah menengah dl..Lama tol tak jumpa, sejak meninggalkan zaman persekolahan..Beliau datang dengan parent beliau..Hepi je bershoping raya..hehe..Rumah beliau pun air naik.

Raya haji dah dekat tp macam tak raya je..heh.
Takde persiapan pn mcam Aidilfitri..Bj pun pakai yg lama je pun..
Kuih rya pun mungkin buat 1-2 jenis je..Tak ramai yg datang kot.sbb nnti byk kenduri korban kat kg..kire menziarah juge kan..

Hah..teringat pula..Impak banjir tempohari, kedai2 kat Jitra buat lelongan dan potongan separuh harga..Rambang mata lah..nak beli itu beli ini..Mak saya ada beli radio berjenama baru..diskaun lagi..Beli barang lelongan dan diskaun ni kena hati2 sikit..kena tgk juge..macam barang letrik tu , pastikan semua dalam keadaan baik..kena test dl kat kedai, tanyakan warranty.apa2 pun kuasa membeli tu ditangan kita, pastikan beli barang bermanafaat dan berbaloi dengan harga yg kita kena bayar tu..

p/s sori la takde lak gambar2 masa banjir tempohari..Gambar lelongan pun takde nk uplod..

Friday, November 12, 2010

::121110::


Hari ni 12.11.10..
Tarikh yg cantik gak ni..heheh..
Angka menurun..
Ada sape2 birthday hari ni?sy wish selamat hari jadi la ye..
Apa2 pun..ada lagi 5 hari sebelum bithday abg..hehe..
Saya lak excited lebey :p