Friday, September 30, 2011

novel alaf 21 dicetak rompak

Gempar..ingatakn cd lagu je dicetak rompak, novel pun ada risiko jugak..huhu..
berita ni sy dapat dari fan page FB Alaf21..so, kredit pada alaf 21 ye...saya kopi pes je

BERITA TERKINI!

Pihak Grup Buku Karangkraf telah berjaya mengesan dua lagi tajuk novel Alaf 21 yang telah dicetak rompak. Novel-novel itu Kasih Benar Kasih karya Aleya Anessa dan Bukan Kerana Sayang karya Amiza Anas.
Kepada semua peminat novel, kami mohon agar anda lebih berhati-hati supaya tidak terbeli novel cetak rompak yang tidak berkualiti. Mungkin ada yang dijual dengan harga yang lebih mu
rah.

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam difotostat.

2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.


hati2 ye kawan2 bg sesiapa yg suka baca novel..nampak macam serupa, tp sebenarnya terkena yg dicetak rompak..huhu

Post a Comment