Wednesday, October 8, 2014

Cuba bayangkan...

CUBA BAYANGKAN

6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis
jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. 

Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam
9:00am, sudah time nak pergi breakfast. 


Keluar pintu ofis, suasana masihg elap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh
dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan. Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..

apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.. Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!! Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat.. Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan,golongan yang tidak pernah baca Quran, 24 jam baca Quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yg tak
menutup aurat,segera bertudung labuh.tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..
Starts from now on.. Mulai pda hari ini kmbali la ke jalan Allah. Berdoalah agar Allah panjangkan umur kita sampai harini supaya kita sempat BERTAUBAT ...



Tuesday, September 23, 2014

~ 3 Tanda Apabila Kucing Datang ~


Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?

3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.

Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.

Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.

Ketiga.

Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.
Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan..


Saturday, September 20, 2014

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.