Tuesday, August 31, 2010

::Selamat hari lahir Auni sayang::


Salam kemerdekaan..Hari ni 31 Ogos 2010 genap lah Auni Batrisyia, anak saudara saya berusia 2 tahun..Mak ngah harapkan Auni jadi anak yg solehah..jgn bg umi marah2 tau sayang..Bila besar nanti jadi insan berguna pada negara ya..Mak ngah rindu Auni...nanti raya kita jumpa...yahoo...ammmmuah untuk Auni ^_^

::Salam kemerdekaan::


Salam kemerdekaan buat semua.. Hari ni genap 53 tahun kita merdeka kan..Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya..Allah bg kita peluang merasai nikmat kemerdekaan dari penjajah.. Tapi..ada satu persoalan di minda..Merdeka kah kita andai masalah sosial semakin menjadi-jadi sekarang ni?Kes buang bayi, zina, arak, pemerdagangan manusia, judi, pecah amanah, mercun, bendera Malaysia dibakar, dll semakin berleluasa..

Saya amat sedih dengan situasi2 ini.Sepatutnya semakin lama kita merdeka, semakin bebas kita dari masalah2 ini.Persoalanya kenapa semua masalah ini berlaku?apa puncanya?dari situ kita dapat menyelesaikan masalah terbabit..Jangan sekadar menuding jari kesalahan sendiri pada org lain..Pendek kata, Iman dan taqwa adalah benteng kepada semua permasalahan. Jika kita takut pada Allah, dengan izinNYA, Malaysia akan aman makmur dengan rakyat yg berbilang kaum ini..InsyaAllah..

1 Malaysia menjana transformsi diharapkan bukan hanya tema atau slogan, tetapi membawa perubahan yg ketara dalam Malaysia..Diharapkan Malaysia aman makmur selama2nya disamping ketaqwaan kita padaNya.

Salam 1 Malaysia..

Monday, August 30, 2010

::Rahsia hati::


Alhamdulillah, hari ni genap 4 bulan pertunangan kami..macam2 rasa dilalui sepanjang 4 bulan ni..Ada hepi, sgt hepi, terlebih hepi pun ada..syukur.. Rasa cinta ni dikurniakanNya kepada saya dan dia..Ku bermohon padaMU agar rasa ini kekal hingga akhir hayat kami..amin..

Padamu sayang...
Detik demi detik, rasa ini subur mewangi
Rindu menjadi pengikat kasih kita
Walaupun jauh dimata, hatiku dan hatimu sentiasa ada disini..
Ku sedar,diriku bukan lah yg terbaik,
tp akan berusaha utk menjadi yg terbaik utk mu sayang..

Terima kasih sayang kerana menerima diri ini..
Ku mencintaimu tanpa syarat..


Picture:google ye

::Syukur::

Picture: Carian google

Saya sudah ok dari kedukaan semalam..Mungkin Allah nak ingatkan saya, betapa tinggi kita pun, haruslah ingat org dibawah..Syukur Ya ALLAH..Kadang2 org lain berubah berpunca dari diri kita sendiri yg terlupa..

Alhamdulillah....CintaMu melaut luasnya kepada kami sedangkan kami selalu alpa pd MU..Ampunkan kami Ya Allah..Ampunkan kami..

Sunday, August 29, 2010

:::mood sedih:(... :::



Carian google...

Apa yg anda rasa klo org yg kita percaya tetiba sembunyikan sesuatu dari kita..huhu...sedihnya...:(

Thursday, August 12, 2010

.:Menara jam Mekah:..

Salam, hai..

Tadi saya ada baca dalam paper pasal menara nih..dl pernah baca, tp masa tu menara jam ni blm siap sepenuhnya..

Fakta menarik mengenai Menara Jam Besar Mekah.

1)Ia akan menjadi banggunan kedua tertinggi didunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
2)Menara ini menghadap ke Masjidil Haram yg menempatkan Kaabah dan Hajar Aswad.
3)Menara ini setinggi 601 meter dengan mengandungi 76 tingkat, 76 lif dan 1005 bilik hotel.
4)Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing2 menggunakan jam Mekah ini.
5)Ulama dan cendikiawan Islam berpendapat waktu di Mekah adalah waktu yg sebenar meredian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah2 dunia.
6)Pembinaan menara jam Mekah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.
7)Muka jam yg berdiameter 6 kali lebih besar dari Big Ben di London ditulis dengan nama Allah diatasnya.
8Jam ini akan mula berdetik pada 12 Ogos 2010.

Menara dalam pembinaan



Menara yg dah siap.Subhanallah..
Pic carian google..

Tuesday, August 10, 2010

.:Tips bersahur:.

Salam, hai..malam ni merupakan hari pertama kita bertarawikh dan bersahur kan..Saya ada tips utk yg nak bersahur malam/pagi ni..Jom..(Sumber Majalah Nur)
Tips sahur

1)Ketika bersahur amalkan daging putih seperti ayam atau ikan yg mengandungi protein tinggi dan senang dihadamkan berbanding daging merah (daging lembu ) .

2)Menu sahur sebaiknya tidak terlalu berperencah 'tajam' atau pedas yg akan membuatkan perut cepat lapar. Sebaik2 nya buatlah hidangan sedikit berkuah contoh singgang ikan, atau sup ayam.

3)Untuk mengurangkan rasa haus, kurangkan pengambilan garam dalam makanan.

4)Untuk mengurangkan rasa lapar, elakkan makanan berlemak ketika sahur.Selain mengandungi byk lemak, dikhuatiri akan menambahkan berat badan anda.

5)Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien penting seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah

Carian google

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..dan selamat bersahur..

Sambungan :)

Carian google

5)Jangan tinggalkan senaman
Menjalani ibadah puasa bkn bererti perlu berhenti dari melakukan senaman. bersenam akan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Namun, biarlah senaman yg dipilih tidak memerlukan tenaga yg byk seperti regangan tubuh, berjalan cepat dsb. selain itu, terwih juga merupakan senamanyg bagus kerana gerakan rukuk dan sujud mampu membakar kalori

6)Banyak minum air
Lebih dari 60% tubuh kita terdiri dari air, tanpa air yg ckp, tubuh akan mengalami gangguan. Utk itu, bykkan minum air ketika bersahur.

7)Jangan terus tidur setelah bersahur
Tubuh memerlukan waktu utk mencerna makanan. Harus ada perbezaan yg cukup sebelum tidur..seeloknya tidur sekejap sahaja selepas solat subuh.

Sunday, August 8, 2010

.::Tips di bulan puasa::.

Assalamualaikum...dah lama tak update kat sini..
mm..2, 3 hari lagi. kita akan menyambut Ramadhan bulan mulia..Apa kata sebelim tibanya Ramadhan, amik tips2 yg akan sy kongsikan ni..Sumber majalah NUR Julai :-)

Dalam berpuasa, sebenarnya mengajar kita menjadi lebih sabar dan mengawal nafsu. Berpuasa bukan saje menyihatkan badan, tetapi juge boleh mengurangkan berat badan. Bagi yg berpuasa, kena betolkan niat dl..berpuasa bkn semata2 utk menguruskan badan, tp kerana Allah Taala..

Tips 1) Jangan tinggalkan sahur
Sahur adalah sunat yg digalakkan. Rasulullah SAW bersabda, 'Sahurlah kamu, kerana dalam sahur terdapat berkat yg besar'. Ada diantara kita amat malas bersahur..kalau ikut logik, selama14 jam kita tidak makan dan minum sepanjang berpuasa, sudah tentu lah badan tidak akan mampu bertahan. selalunya org tidak bersahur akan mudah letih dan lapar. oleh itu, bersahurlah kerana bersahur dapat memberi tenaga disamping mendapat pahala sunat.sebaik2 waktu bersahur adalah paling dekat dengan waktu imsak.

2)Jangan menangguhkan waktu berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, tentu kita berasa letih. Jadi sebaik2 nya disegerakan waktu berbuka. Seeloknya berbuka dgn buah tamar dahulu diikuti makanan lain.

3)Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat asid didalam perut 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Biasakan berbuka dengan minuman suam dan iar rendah kandungan gula. Jika boleh, elakkan langsung minuman manis, sebaliknya menggantikan dgn buah kurma.

4)Makan secara bertahap
Biasanya selepas azan magrib, ramai terus berbuka hingga kenyang. ini tidak bagus utk kesihatan perut . Jangan terus makan dalam kuantiti yg byk..Makan secara berdikit2 dimulai dengan kurma&air, kemudian makanan yg agak ringan, solat magrib seterusnya makanan yg agak 'heavy'..

Tips ke 5,6 & 7 akan bersambung...