Tuesday, December 3, 2013

2.5k Followers Giveaway

Hi Assalamualaikum.



So masa yang ditunggu-tunggu telah tiba :D Jom kita tengok syarat-syarat dan pastikan korang join tauuu. In Shaa Allah tak susah mana pun.
http://nad-lifeisfun.blogspot.com/2013/11/25k-followers-giveaway.html

Tuesday, November 26, 2013

Sunday, November 24, 2013

Sayangi adik Adam ( sebuah kisah dari rakan FB saya )

COPY & PASTE ONLY
Assalammualaikum... Adam...utusan allah buat Ezza.. Mohd Adam Haikal... Adam berusia 5 tahun... Adam tidak lah sebaik ank-anak kite yg sempurna... Adam dilahir kn dari ibu yg tidak berperi kemanusiaan... ibu nye meningalkan nya pada ibu saudara nya sejurus dia dilahirkan ke dunia... ibu sauadara pun.. tidak lah sesempurna kita .. ibu saudara nya boleh dikategorikan yg lemah fizikal... Adam... dilahirkn dgn kerosakkan kedua2 buah pinggang dan pengidap hydrocepfalus. .. akibat kerosakkn buah pingang...Adam tidak mampu berjalan..Adam juga mngidap penyakit hydrocepfalus.. byk cecair yg berkumpul membuatkan kepala Adam makin memmbuatkan kepala Adam makin mmbesar...setiap 4-5jam...satu tiub trpksa di masukkn di anu Adam utk membuang cecair yg bertakung di kepala Adam. Adam juga telah disahkn mengidap lukimia & beta thalassmia tahap 1-2... andai thalassmia adam tidak kurang @ sembuh... adam trpksa di tukar darah... Masha Allah... hebat sunguh dugaan Allah buat Adam... di saat insan2 sebaya nya brsuka ria ke sana sini bersama keluarga msing2... namun dia menderita menangisi penderitaan itu... ibu &ayah...langsung tidak pernah mempedulikn Adam... Adam hanya menumpang kasih insan2 jiran2 & seorang ibu saudara nya...

 Akibat kerosakkn buah pingang nya itu, Adam tidak lagi mampu berjalan.. dia hanya menggunakan lutut utk bergerak...lutut Adam dah parah kesan dari pergerakkn yg byk menggunakn lutut... sadis nye hidup mu syg.. jgn lah lagi kalian tanya... di mna ibu &ayah Adam... kerana Adam tidak bernasib baik seprti ank2 kita yg punya kita... sakit pening Adam..hanya ibu saudaranya yg tahu...

Ezza bkn lah sape2 dgn Adam.. kami tidak ada talian darah... tapi sebagai srg hamba Allah yg cukup sifat.. hati kecil ini terpanggil utk membantu meringankan Adam....Adam tidak lah mngharapkn apa2 dari kita semua... cukuplah sekadar kita dpt meringankan penderitaan Adam demi masa depan Adam..dulu Adam di Kedah bersama Maksunya... Akibat selalu terputus bekalan makanan..bekalan susu..Eza sebulat suara membawa Adam tinggal bersama Ezza... Ezza membawa Adam &3org lg adik bradik Adam yg mengidap thalassmia.. yg terbaru...abg Adam,  Mirul., mengidap thalesimia yg kronik... Subahanallah... berat sungguh ujian Allah buat ank2 ini... ini utusan Allah buat Ezza..mari lah kawan2.. dermakn sedikit sumbangan utk keperluan pembesaran Adam..Adam 24 jam terpksa pakai pampers... kerana saluran air dikepalanya mengalir 24jam utk kluar melalui anu nye..Ezza berbesar hati mengharap ehsan kwn2 di luar sana utk meringankan bebanan yg ditanggung Adam & adik beradik nye... .mari lah bersama kita membantu meringankan adik Adam... bagi lah peluang dia senyum & terus senyum... salurkan bantuan anda ke akaun yg Eza khas kn buat Adam.. Eza merayu kawan2 di luar sna.. hulurkan tangan anda demi kebahagiaan Adam...
Utk pengetahuan semua... Ezza tlh melanjutkan rawatan Adam di hospital Sungai Buloh....kawan2 doa kan Eza kuat demi Adam &adik beradiknye ... doa kn Ezza tabah demi mmperjuangkan nasib ank2 ini.
Kawan2 di luar blh hubungi eza d 014-6391782... InsyaAllah... segala amanat ini akn Eza laksana sebaik mungkin...
Muhamad Adam Haikal...
Muhamad Amirul Haikal..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..


Kau berilah ketabahan utk ank2 ini.kau ringan kn lah penderitaan nya ya Allah..
Kau berilah keaijaiban mu ya Allah.
Kau ganti kn penderitaan ini dgn keceriaan mu ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Amin...
Kawan2... setingi terima kasih Eza mewakili Adam.. di atas stiap sen sumbngn anda.. hanya Allah mampu membalas jasa kalian...setiap doa kalian buat Adam.. akn mmbuat adam &adik bradik nya bahagia... tlg sebar kn walau dgn bantuan RM1 kita mampu mengubah penderitaan Adam ke arah kebahagiaan....Insya Allah...

Blog berwajah baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertahun-tahun saya pakai template yg lama, ( hati besar kaler pink tu ) hari ni dah tukar yg baru. didesign oleh adik Sharina. thanks dik. jgn serik sgn akk ye. byk yg nak tukar. hehe
Hujung2 minggu ni anda semua pergi mana? saya takde pergi mana2 kot. 

Hm..org2 Johor tentu gembira dengar titah Sultan mengenai hari cuti hari Jumaat tu kan. Alhamdulillah.. senang la nnti nak ke masjid & memuliakan hari Jumaat. Kedah dah lama cuti hari Jumaat & Sabtu. Diharapkan negeri-negeri lain pun bakal menyusul. amin...

Oklah saya pun nak pergi buat sarapan.nanti saya blogwalking ye.  harap2 mood berblog ni tak hilang. hehe

Sunday, November 17, 2013

Doa Buat Suami Tersayang

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~

Selamat hari ulang tahun abang...Ina dan Irfan sayang abang

Monday, September 9, 2013

RAMLEE AWANG MURSHID - MAGIS - okt 2013


Assalamualaikum...
peminat2 novel RAM (Ramlee Awang Murshid) mesti tak sabar tunggu novel ni kuar kan..saya pun..hehe.
InsyaAllah novel ni ada di pasaran bulan 10 nanti..sempat lagi nak kumpul dwet.hehe..
sinopsis nye blm dapat tahu secara detail lagi..tapi khabarnya hero2 dalam 5 buah novel terdahulu seperti Laksamana Sunan, Timborio, Ryu Watanabe, Carlos dan Mikhail disatukan dalam sebuah novel..wah..macam mana tu..tak sabar nak baca kan?jom layan trailer novel ni.cool..


Sunday, September 8, 2013

Ya Hanana versi acapela



Assalamualaikum..
jom layan lagu kegemaran Irfan. Ya Hanana (beruntunglah kami ) versi acapela.merdu sungguh  kan.


SEGMEN FOLLOW ME BY SHA & FD

Assalamualaikum...dalam kedinginan suasana hujan di bumi Utara ni, tergerak hati plak nak join segmen ni..dah lama tak join segmen anjuran blogger..sibuk dengan si kecik Irfan..tak sempat berblogging dah.sbb tu kadang2 tenggelam timbul..kejap ada, kejap  takde.hahah..
apa2 pon semua syarat dah dipenuhi..harap diterima dan ada le rezkinye tu.hihih

Thursday, August 15, 2013

Selamat hr raya

Assalamualaikum..
Rasanya msh blm terlambat utk sy mengucapkan selamat hr raya utk semua..
Tahun ni Irfan beraya di Kedah iaitu di kampung halaman saya.seronoknye irfan berbaju melayu kutip duit raya..tp malangnya,hujan lebat membasahi bumi di pagi Shawal yg mulia.hnya sempat beraya di beberapa buah rumah je...Esoknya br dpt braya di rumah saudara..
Syukur alhamdulilah dpt meraikan Aidilfitri lg brsama keluarga tersayang..

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan 1434


Assalamualaikum kawan2..Dah lm sgt tak update blog.penyakit M dtg kembali..heee..
Tak terlambat kot saya nak ucapkan salam Ramadhan..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
semalam dah 1 hari kita berpuasa.amacam?ok tak?bg yg selalu puasa sunat tu tentu dah biasa kan.
oklah setakat itu dl update hari ini..saya nak tidurkan anak..awal pulak beliau bangun hari ni..

Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru


Selamat hari guru kepada guru2 saya..
Dari zaman tadika, hinggalah zaman sekolah menengah...pensyarah2 Universiti termasuk tak ye?heee
Kepada kawan2 yg bergelar guru...selamat hari guru juga...berdedikasi lah dalam mengajar anak2 murid anda..saya kagum dgn semangat juang guru-guru sekarang..bukan senang nak mengajar murid di zaman sekarang..amat mencabar..boleh stress kalau tidak tahan..huuhuhu..
satu masa dulu, cita-cita saya adalah menjadi guru..tapi cita-cita tersebut tak kesampaian...mungkin ada hikmahnya kan?siapa tahu...
akhir kata..selamat hari guru kepada guru-guru di Malaysia :)

p/s: pengalaman, guru yg paling berharga..

Monday, May 13, 2013

selamat hari lahir anakanda


Selamat hari lahir anakanda ibu...Muhammad Firas Irfan bin Razihan..hari ni genap 1 tahun usia anak ibu...moga anak ibu menjadi insan soleh..yg berguna pada agama, bangsa dan negara..InsyaAllah...

P.S Pada waktu sekarang; 1033 pm, saya sedang bertarung sakit di labour room..hanya Allah yg tahu betapa sakitnya untuk melahirkan insan kecil ini..tepat 10.45 pm, lahirlah Muhammad Firas Irfan..Yang Cerdik lagi Bijaksana..

Sunday, May 12, 2013

Selamat hari ibu


Assalamualaikum....
selamat pagi...
Selamat hari ibu...
Tahun lepas, saya berpeluang menyambutnya bersama-sama dgn bayi yg baru dilahirkan..
Alhamdulillah...
Sesungguhnya..kita tidak dapat menyelami hati seorang ibu, sehinggalah diri kita sendiri bergelar ibu...
Pengorbanan ibu yg melahirkan dan menjaga kita semasa kecil dulu amat-amat saya hargai kini..
Alhamdulillah..saya sayang mak saya...dan kini bertambah dengan kehadiran ibu mertua yg melayan saya bagai anak sendiri..saya sayang kedua-duanya...
Selamat hari ibu semua..


Sunday, May 5, 2013

PRU13



Alhamdulillah dah selamat mengundi ye...cuma tunggu keputusan je mlm ni mcm mana..harap2 semuanya ok...oh ye..Najjah Shoppe sedang buat sale hebat tu sempena bulan Mei yg istimewa ni..kalau ada masa, usha2 la ye..heheh..klo ada yg nak beli barangan xtender dahlia, moh le klik iklan kat tepi nih.hehe..

mood:berdebar2 nak tau keputusan PRU 13mlm nih..huhu


Wednesday, May 1, 2013

Selamat hari pekerja

Assalamualaikum..selamat pagi....hari ni 1 mei...ramai yg sedia maklum, hari ni hari pekerja..public holiday...kat shopping complex hari ni sure ramai orang..huhuhu..
okla, kepada kawan2 yg bekerja, selamat hari pekerja ye..enjoy hari cuti ni ye..saya?hm..hari2 kerja la..hehee

Wednesday, April 24, 2013

Today is my birthday

Salam..
hari ni hari lahir saya..
dah tua rupanya..29 tahun dah hidup....
moga semuanya baik2 saja..
Amin..

Monday, April 8, 2013

Sam,bintang paling popular 2012

Tahniah kpd Sam yg menang ABPBH 2012.mula2 ingatkan Zizan yg menang.tapi ok la.kalau Zizan menang tak best plak sbb pengacara sendiri yang amk umum anugerah.hehe.
ABP kali ni nampak hambar,tak best pun.hu2.suami asek tukar je ke canel bola.nasib la ada Johan dan Zizan.boleh la..
Hm,segmen lagu 90 an paling best.semua lagu popular pd thn 90an.syiok la.lagu2 zaman sekolah.teringat zaman sekolah dulu.he2.
Hmm,td ada 1 persembahan dari sape ntah,yg nyanyi lagu Sayang.skirt pendeknye..dah le terbelah.free show je kat budak2 keliling stage.paling tak suka lagu Dikir Puteri di carca marba.adui..rosak lagu!lagi kesian lagu Apo kono eh jang..tenggelam abs penyanyi asalnye.hu2.
ok la,sbg penontn ABPBH,Overal,dpt 2 dari 5.
P/s:kesian si lady gaga M'sia,mcm xlarat je nak angkat kepala tuh.huu.

Saturday, April 6, 2013

Friday, April 5, 2013

yaya craft giveaway

Join GIVEAWAY anjuran Yaya Craft..sape2 nak join dipersilakan k..
Tarikh tutup30.4.2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013


Bersegmen lagi kita..heheh..syiok join segmen ni sbb bole update blog..hihihi..
kali ni join segmen dari Cik Akak Nao Mei..Baru je folow blog akak nih..(saya teka cik akak ni akak dari saya sbb tgk ada thn 83 kat hujung..saya tahun 84..maafkan saya kalo silap ye..heee)

OK ,di bawah adalah syarat2 penyertaan..saya copy n paste dari blog beliau :)


Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog (Wajib)
  • Follow Belog cik akak (yang dah follow boleh abaikan)
  • Soal entri tak wajib....ikot suka hati u all nak buat cam mane...yang penting u all suka
  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri u all
  • Letak Tajuk " Segmen Follow April hingga Disember 2013"...Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan...hihi
  • Akhir sekali u all boleh tinggalkan link dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100%
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

Monday, April 1, 2013

Cheesy sosej

Hidangan dinner malam ni.simple2 je.suami tak nak makan nasi,jadi sy grgkan roti,jadilah cheesy sosej.sdp jge.gabungan sosej dengan mayonis, sos dan cheesy sos..perghhh..sedapnye..lemak2 gitu..hee

Thursday, March 28, 2013

Segmen : Bloglist 3 Bulan by AinMfna



Assalamualaikum...
Dah lama tak join segmen..bukan apa, sibuk dengan anak dan biz online yg baru nak mula...baru bertatih2..hehe...
ok, kali ni saya join segmen adik Ain..saya suka la blog ni..penuh dengan kata2 motivasi dan dakwah..keep it up dik ^_^

Monday, March 25, 2013

Demam..

Assalamualaikum..
Sy dh 2 hari demam.start sabtu lepas.mulanya selsema je,tup2 melarat sampai demam..hu2.Rasanya dh lama xdemam pns..kesian baby irfan ibu tak layan sgt..main sorang2 je dia.ayah pulak g kerja.mujurlah wekend lpas ayah ada kat rumah je.dapatla layan irfan yg sgt2 lasak.
Sekarang ni irfan tgah cuba2 utk belajar berdiri.tp jatuh blik..xpelah,pelan2 ye sayang..

Wednesday, March 20, 2013

rezeki tak terduga

terkejut sangat td ada motor citylink hon.pown pown bunyi dia.he2.sy dpt sampel fre dari owner feReena sndr.blh la pakai losyen dia..ferskin pun dpt.sedap bau dia.sapu pn xrasa berminyak.
mmm,kakak sy pn ada juai produk Fereena ni.kalau nak,blh PM tnanya kakak saya.

Saturday, March 9, 2013

selamat pagi

Assalamualaikum...
selamat pagi kawan2....jom kalo rajin singgah ke NajjahShoppe..
heheh promote sikit :p

Friday, March 8, 2013

Hari wanita





Assalamualaikum...


Selamat Hari Wanita untuk semua ...

"Wanita itu istimewa, pelengkap kehidupan pada kaum lelaki... Wanita itu penyeri, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia ini."


~Selamat Hari Wanita Sedunia 2013~

Thursday, February 21, 2013

Najjah Shoppe

Assalamualaikum...

Kat atas nih, kalau ada yg perasan, saya ada letak iklan Najjah Shoppe.. ( iklan pun uduh..nnti akan ditukar dari masa ke masa.hehe)

Alhamdulillah..rezki anak, saya ada set up biznes kecil2 an..Baru nak bermula..saya kongsi dengan kakak..Sebenarnya dah 4 bulan, tapi on and off sbb baru nak set up blog.. itu ini, macam2 lagi..tp syukur, blog dah siap..simple2 je buat ha..tak reti sangat..tu pun minta bantuan sorang blogger..murah2 je beliau cas untuk edit blog.(heee..pomot jap)

Najjah Shoppe, ada buat macam2 sale, dari barangan baby, barangan kecantikan, pakaian, tudung, cadar, pemanggang dll...kat blog, saya juz update ringkas..details boleh tgk kat page...senang sikit kan nak komen itu ini..betul tak...

okla kawan2, senang2 ada masa jengah2 le ke blog dan like page2 kami..Doakan biznes ni berjaya..ye lah dari dok umah je takde buat pape, boleh jana income sikit kan..tolong suami...heee..kalau ada kawan2 yg nak beli, juz bagitau awak folower saya, insyaAllah saya bg special price.. :)

Jumpa lagi ye..tata...wassalam...

Tuesday, February 19, 2013

Syukur


Assalamualaikum..
Dah lama tak update..hmmm..hari ni terasa plak nak update.
mesti ramai yg dah tgk video bibik indonesia main lambung2 baby kecik 4 bulan tu kan?saya baru berkesempatan tgk...dah lama tersebar, baru ada rasa nak tgk..bukan apa..rasa hati tak kuat betul nak tgk video tu.tu pun sy tgk, lepas ada yg ckp, mungkin bibik tu stress ke..stress apa nye baru je lagi keje..

bagi saya, kalau stress pun, takkan sampai dilambung2 nye bby kecik tu mcm roti canai.huhuh...aduhai..rasa nak menitik air mata tgk..tambah2 sekarang ni ada bby kecik..tak dapat bayangkan baby Irfan saya diperlakukan mcm tu..kita beri kepercayaan pada bibik/pengasuh, dorang kerja main2 je.huh.ingat anak patung agaknye..bagaimana agaknya nasib bby tu..baru 4 bulan...tulang masih lembut..aduhai..nak nanges la...huuuuu


sob..sob...
Bila difikir2 balik, rasa bersyukur sangat, dapat jaga sendiri baby..tak harapkan pengasuh..rezki ada dimana2, walaupun hanya jadi surirumah..bercakap pasal rezki, nnti ada entri khas untuk nih..sy belum ready lg la nak bgtau kat blog..huk2

oh ye ,siang tadi, baby Irfan dah timbang untuk 9 bulan..dah 8.6 kg dah dia..alhamdulillah..sihat..BMI ok, gigi pun dah tumbuh 2 batang..nurse pun nasihatkan teruskan breastfeeding..baby tak mudah sakit..



eh ada request nak tgk pic baby Irfan la..kejap eh nak uplod..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tara...ni la dia..budak bam-bam, baby IRFAN, 9 bulan dah dia..heheh


p/s baby Irfan sekarang dah dibuai mimpi indah..hee

Tuesday, February 5, 2013

Bayar hutang

Assalamualaikum..

Update pantas, sementara bby Irfan masih tido..
Alhamdulillah, saya dah berjaya 'bayar hutang' aktiviti folow mefolow  dari segmen tambah folower..
sakit leher akak.hihi..banyak yg tertunggak..akhirnya berjaya juga habiskan..

Hari ini masih lagi di kampung...Seronok sangat baby irfan main dengan tok n tokwan dia..perkembangan terbaru dia, dah pandai menyuluq..tau dak menyuluq tu lagu mana?menyuluq ni org utara ja cakap.belah negeri lain tak tau la..dia bergerak guna perut, kaki n tgn tapi belum boleh merangkak lagi..klo dah boleh merangkak nnt extra careful la saya..dia bergerak mmg pantas..tak dan nak ligan.huhu..
6Hb nt montly checkup baby Irfan genap 9 bulan..tak sabar nak tau berat terkini dia..hari tu jalan2, pergh..lenguh tgn oo..carrier plak tak bawak..sabar je la..

Ok la, sikit je update..nama pun update pantas.hehe

Tuesday, January 29, 2013

Kedah negeriku..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..saya dah selamat sampai Kedah petang Jumaat lepas..dah byk hari baru nak update .hehe

Biasala..perjalanan jauh..penat masih terasa..baby Irfan pun ok je..

Ahad lepas saya berkesempatan pergi ke Padang Besar, Perlis..dekat je dgn rumah..dalam setengah jam gitu...Nanti saya kongsikan gambar2 disana..mana tau ada kawan2 yg nak cuti2 Malaysia kat sana kan..Hari ni plak plan ke Alor Setar.dah lama tak jenjalan sana..

Oh ye..sekarang ni pengguna dot My tak boleh buka ye..saya dah regis hari tu..tp blm tukar domain.ye la, internet sgt slow minggu lepas..balik kg ingat nak update tp tak boleh..bila agaknye settle problem ye..hm..klo dah ok, InsyaALLAH saya akan pakai shazlinasaad.my..


Ok lah, sekian dulu, nnt sya try blogwalking dan follow kawan2 yg dah folow saya..tata ^_^

Monday, January 21, 2013

Kouta dh cukup,tak boleh laju

Assalamualaikum,salam pg Isnin.
Lama pula xupdate.huih,takot la,penyakit lama mls update datang kembali.huk2.

Hari ni update via enpon cinonet  je.tp x bez plak update gn fon,xdpt merasai kenikmatan menekan keybod.he2.
Hm..sbab musabab xleh update gn laptop,kerana,kouta bulanan intenet dh hbs..xleh lelaju buka blogger.buat sakit ati je asek loading,tak keluar pape pun.hu2.
Kalo ada sape2 komen atau blogwalking,nanti intenet dh ok,sy janji akn blas blik.jgn risau ye.hee.
Oklah,sekian update hr ni.nak tgk baby Irfan dlm buai.
Tata,wassalam ^_^

Thursday, January 17, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum..
Jom join segmen tambah follower sebanayak yg mampu, ditaja oleh Yaya..Syaratnya simple je .follow, letak banner ni dan komen kat entri..ok dah :)

Wednesday, January 16, 2013

Segmen : Blog Makeover


Assalamualaikum...
kali ni join segmen blog makeover pulak..hehe
segmen ni  dianjurkan oleh sis Nieyxzha

Alasan saya nak make over blog ni..

1) dah bertahun2 guna template yg sama, rasanya sejak 2009 kot.. lama dah..hehe..template sekarang ni free je..mula2 susah juga nak apply tempate ni, tp godek2 n berjaya juga..
2)saya tak pandai buat background sendiri  dan tak pandai pilih combination kaler.huhuh
3)hm..nak bg penaik semangat terus berblogging..rasanya kalo dapat rumah baru yg cantik dan kemas, sure lagi bersemangat nak menulis ye dak?

tu je kot sbb2 sis Nieyxzha patut makeover blog saya...kalau terpilih syukur Alhamdulillah..

p/s rasa macam nak blog yg sesuai le dengan status ibu dan isteri..
nak blog kale pink dan tak semak mata memandang.hehe

Tuesday, January 15, 2013

Segmen :Jom Tukartukar link fanpage dan link blog!

Assalamualaikum..
macam biasa bby Irfan dah tido baru boleh update blog n blogwalking.hehe
masa blogwalking kat kelab blogger terjumpa satu segmen dari blogger lelaki..jejaka hangat tau..hehe.
dia ada buat segmen.segmen dia mudah je..takde suh buat entri pun..(saya buat jugak sbb ada alasan blog berupade.hehe) juz folow blog n fanpage beliau then,  tinggalkan link fanpage n blog anda disana..antara kelebihannya, boleh dapat byk trafic, cer try ye.hehe..ok, jom terjah blogger Angah si Jejaka Hangat

Monday, January 14, 2013

Hati riang ria, yay ^_^

Assalamualaikum..
sekarang ni mood riang ria, hati berbunga2 sbb hujung bulan ni insyaAllah nak balik Kedah..huhu..lama juga la, hampir 6 bulan tak balik sejak Baby Irfan dalam pantang..mmm bby Irfan pun tak sabar nak balik jumpa tok n tokwan..rindu sangat..hehe
Irfan malu2 takmau tunjuk muka, hehe

Alhamdulillah, bby Irfan dah genap 8 bulan semalam..gigi pun nak tumbuh dah sikit..patut la dia suka menggigit, gatal gusi rupanya..kadang2 meragam tengah2 malam.huhu
tapi takpela, semua tu pengalaman baru buat saya dan suami..moga2 anak ibu ni jadi anak yg soleh ye..amin..
oklah, masa menunjukkan hampir lunch...nak lunch japgi...tata...

Sunday, January 13, 2013

Simple Giveaway by FD

Assalamualaikum..
ok, pagi2 buta update blog pasal  join giveaway ni.hehe.mana taknya, time ni si kecik hero dah betul2 tido..baru la ibunya dapat blogwalking, updte blog etc. etc.
Kali ni join giveaway dgn blog Fatin Diana..baru nak berkenalan2..huhu, nampak sgt la dah lama tak berblogging kan..huhu...
ok, sape2 nak join, sila lah ye..saya tag semua yg folow blog nih.. ^_^

Saturday, January 12, 2013

Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli

Assalamualaikum...salam pagi Sabtu..
Hari ni bersegmen lagi bersama dengan Emmymazli..
ok, mula2 buka blog ni, dalam hati berkaata..wow, cantiknye header dia...fuh jeles2..teringin juga buat blog secantik tu..tp nnti dulu lah..tgk bajet dl macam mana.ada sape2 yg sudi sponser ke?hahah..gurau je..
overall saya suka blog ni, warna pink..my favourite color..hehe biasala..wanita penuh kelembutan.hik2 ^_^
okla, panjang pula bebel..sape2 nak join boleh join lagi..tarikh tutup 15hb ni ye..

Friday, January 11, 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN


Assalamualaikum...salam Jumaat...
bersegmen lagi kita..heheh..
kali ni dari blog Mimi Najib 

Antara syarat2 join segmen nih:

1.  mempunyai blog-memang dah ada pun ni.hehee

2.  sediakan entry : SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN-ok dah buat
     
3.  tempekkan banner cake tu- ni pun dah

4.  sila nyatakan nama sebenar dan TARIKH LAHIR anda .. (WAJIB)
    
     Tarikh lahir akak, 24.4.1984...nama ShazlinaSaad

5. kalau sudi  Folow blogger  Mimi Najib-akak dah folow

6. Linkkan entri anda ke blog beliau

7.  tarikh akhir : 31 Januari 2013

Wednesday, January 9, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......


Assalamualaikum semua...
sekarang ni tgh semangat update blog nih..hahha..seronok blogwalking, komen2 tinggalkan link..kui2..

ha..petang kemarin, saja ja blogwalking, pastu terjumpa blog si apis ni..tgk2, cam bes je blog ni..dah follow dah pon..

okla2 sy kenalkan diri sikit..(memandangkan dah berkurun tak update blog..hehe..)tgk, makin ramai blogger baru ..mungkin ada yg tak kenal kan?tak kenal maka tak cinta kan?(cewah..jeles asben I, haha)


ok , nama saya shazlina, (tu nama samaran je tau, hee ) yg adik2 boleh panggil kak ina, yg sebaya, panggil Ina pon ok :) lahir bulan 4, 1984, dah berkawen, ank sorang, Irfan namanya. baru 7 bulan umur dia..asai saya Kedah..tp lani dok Selangoq la, ikut asben reja sini..(eh, tetiba tukaq slang, haha)

Saya lani tak reja, surirumah ja lanih,(surirumah berijazah, huhu) jaga anak sorang dok makin lasak, suka sgt golek2, huhu..

ok, pasai negeri kedah plak, kalau kat tempat saya tu, belah changlun, saya suka sangat murtabak changlun..terbaeeek abaq ang..huhu..sedap aih..sampai lani dok teringat2 murtabak changlun..murtabak yg tebai, terasa intinya (daging/ayam)sapa2 yg tau boleh la singgah kat market changlun..dah lama tak balik kampung ni , tetiba teringat..takpa2 ujung bln ni tak lama dah aih boleh merasa, tak sabaq nak balik kampung ooo...

lagi nak tulih apa?tak larat dah..mata koi kuyu ni, gagah jugak la publish entri ni malam ni, eh pagi ni..esok tau dah, hero saya tu berjaga, mmg tak dan tgk laptop.huhu..dah dulu kot noh..sapa2 nak join dipersilakan la ye..babai...

wassalam

Friday, January 4, 2013

Entri pertama 2013:"Giveaway Macam-Macam-Ann 2013''


Assalamualaikum, selamat tengahari..dah lunch kawan2?ha...ni entri pertama sy buat 2013..kesian blog nih, hidup pun tak, mati pun tak..haha..yg pasti, owner nye masih ada..cuma sibuk dgn karenah anak..tak dan nak berblog.huuu..
okla, straight to the point, sy join giveaway ni saje suka2..at least blog berupdate kan..hehe..
syarat2 semuanya InsyaALLAH dah pun dipenuhi..
Akhir kata, selamat tahun baru 2013..moga tahun ini bertambah2 berjaya...amin...