Wednesday, December 29, 2010

::Malaysia ku tercinta ::


Tak sabaq lak nak tau keputusan perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki 2010 ni.. Dari tak berapa minat bola, hari2 bahagian sukan tu yg dibaca dl.hehe Biasala ..bak kata cik abg sy tadi, bola sepak, pengaruhnya cukup kuat.. maki2 tu biasa la..huhu tp.. tak baik tau maki2..kalah menang kan adat pertandingan.. Klo kalah, usaha lebih gigih la kan.. Buat pasukan Malaysia, selamat maju jaya..Kami penyokong Malaysia mendoakan Malaysia menang besaq malam ni..yeah!!

Picture:carian google

Monday, December 27, 2010

NADYA BUBBLE GIVE-AWAY


Selamat tengahari... Dah mamam?mamam ape ye.. apa2 pun, makan biar yg berkhasiat..seimbang..ada sayur, protein bla bla..

huhu
Berleter tak kena dgn tajuk..huhu
Ni ha..sy nk join giveway nih anjuran NADYA BUBBLE..
Sebelum tu telah di tag oleh saudara
Sabri.. Adik Nadya ni baru dapat keputusan PMR yg cemerlang..sbb tu dia wat giveway nih.. Meh kite tgk syarat2 dia( akak kopi pes je dik ye..)

Syarat2 penyertaan:
- Warganegara Malaysia.-mestilah
- Mesti ada acc blogger / wordpress, kalau tak ada sila sign up sekarang !-dah ada
- Wajib follow blog Nayda Bubble. HAHA ! Kejam kejam :p-dah folow ;-)
- Buat satu entry tentang giveaway ni. Sila sertakan banner giveaway-ok dah buat
- Tag 2 orang blogger perempuan dan 2 orang blogger lelaki-ok dah
- Sila tinggalkan link di entry beliau..-ok dah

Tarikh tutup penyertaan : 23 Januari 2011 (birthday beliau sendiri)

Blogger yg saya tag
1)Ustaz Love
2)Bila Umar berblogger
3)Blog anak dara Den
4)Celoteh MJ

Friday, December 17, 2010

::Senyum::


Alhamdulilllah dah baik pening2 kepala...
Senyum sikit ye..hehe
meh layan lagu ni^_^


Thursday, December 16, 2010

Takde mood


Tak ada mood lah..
dari pg tadi kepala pening2..si dia pun dah seminggu demam..huhu
maaf ye kalo ada yg tak sempat berbalas kunjungan..



picture: carian google

Monday, December 13, 2010

::jawab servey dari mah@mahu::


Pagi tadi tak sempat buka blog.tengahari baru sempat tgk..ada survey dari blog Mah@mahu. meh tgk syarat2:
1) Hanya terbuka kepada yg memiliki blog sahaja dan warganegara Malaysia sahaja.
2) Terbuka kepada semua jantina, keturunan, bahasa dan juga jenis blog yg anda miliki.
3) Hanya 1 survey yg boleh dijawab untuk setiap 1 blog.
4) Tak perlu jadi follower blog Mah@mahu.
5) Tak perlu Tag kawan2 blog anda.

Jawapan saya:
1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?

Nokia

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?

er..takde laptop la..pc je ada boleh?

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
Nikon

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
Maxis

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
takde dalam senarai ar.. :p

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
KFC


7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
takde dalam senarai sbb sekarang berada area Kedah


8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
HotFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?

Astro Ria

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?

alamak takde dalam senarai ar..
(tak pakai sangat perfume)

11) Apakah jenis majalah yang anda selalu baca?

kalo ikutkan majalah Nur tp dalam senarai ada Pesona Pengantin ja..

Saturday, December 11, 2010

Jom Terjah Blog AnakDaraDen

'create


1 hari tak berblog..semalam coti la..gi jenjalan pulak..lepas lunch tadi ada tag pulak dari ustaz love..suh menjoin kan diri
1st Lucky Draw @ AnakDaraDen. sy ok je no hal..meh tgk syarat2 dia meh..

1)jadi follower blog AnakDaraDen-done
2)Copy banner kat sebelah dan letakkan di sidebar blog anda -done
3)
Post entry mengenai contest ini(tajuk entry korang "Jom Terjah Blog AnakDaraDen"), sertakan sekali pic di atas ya dan tag 2 orang rakan korang.- done
4)
Alert kan kat AnakDaraDen yg korang dah join contest ini di comment box ye
-done

2 org yg ditag tu ialah:
Nanie's wonderland
Adik Wan

iklan MILO 1984



Iklan Milo tahun saya dilahirkan..heee

Monday, December 6, 2010

::Doa awal tahun::


Doa awal tahun : "Segala puji hanya bg Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat serta salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yg kekal abadi utk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yg Maha Agung, dan kemurahan Mu yg melimpah, sesunguhnya pad tahun ini aku memohon kepada Mu perlindungan dari syaitan yg direjam, dari sekalian konconya, tenteranya dan penolongnya.

Aku juga memohon perlindungan nafsu amarah yg sentiasa mendorong kearah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yg tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada Mu.

Selawat serta salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabat. Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin..

Doa ini dibaca tiga kali selepas Magrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

::Salam tahun baru Hijrah::

Doa akhir tahun: "Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan MU, tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yg telah ditetapkan kepadaku.


Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu ampunilah aku dan apa yg telah aku lakukan pada tahun ini yg Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau Ya Karim Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji bg Allah tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam..
Amin..

Dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu Magrib pd akhir bln Zulhijjah.
Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata," Kesusahan bagiku dan sia2 lah pekerjaanku menggoda anak Adam pd tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sbb membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Sunday, December 5, 2010

::Selamat Pengantin baru::



Layan lagu Maher Zain dl..hehe

Musim cuti sekolah...ramai kan yg amik kesempatan ni mendirikan rumah tangga.. Alhamdulillah..tertunai gak hasrat hati mendirikan rumah tangga dengan yg dicintai..(macam lagu alif satar lak..hehe)

Musim kenduri kali ni pun byk gak dapat jemputan tp ada juga yg tak dapat dipenuhi... Semalam, salah seorang rakan maya saya, kak Faz dah pun selamat menukar status dari cik kepada puan..hehe...Alhamdulillah...Hari ni merupakan hari kendurinya..

Rasa ralat juga, mula2 rasa macam bole p, tp last2 tak bole pula..kena kerja...Hari Ahad hari bekerja di Kedah..tak tertunai lak hasrat hati nak jumpa face to face..takpela kak, nanti kalo ada jodoh, kita jumpa di kenduri saya ye kak..hihihi..ahaks :p



Apa pun, selamat melayari kehidupan baru bg yg akan berkahwin..moga segala perancangan berjalan lancar..

p/s: Utk Kak Faz :tak sabar nak tgk gambar kawen akak..cepat2 update ye..hehe

Wednesday, December 1, 2010

::11210::


Hari pertama utk bulan terakhir 2010..
sesungguhnya byk perkara yg perlu difikirkan & byk perancangan yg belum habis..huhu

p/s: Dah nak masuk tahun baru ni..azam yg lepas dah terlaksana?heheh

Tuesday, November 30, 2010

::Kucupan terakhir::

Sebak rasanya bila membaca muka depan harian Metro hari ni..

Kasih isteri hingga ke mati apabila suaminya yg baru menghantar isterinya ke tempat kerja maut dihempap tunggul pokok..

Sedihnya..bayangkan di tempat beliau..Pagi2 sediakan sarapan lepas tu suami hantar ke tempat kerja, tetiba dalam sekelip mata, suami meninggal dihempap pokok.Ya Allah..tabahlah..dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali..Maut tak kira waktu dan umur..muda2 pun dh boleh meninggal..

Apa pun, moga roh suami nya dicucuri rahmatNYA..amin..

Thursday, November 25, 2010

Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan, iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai mulai pagi Ahad ini dan dijangka berterusan sehingga 30 November ini.
Menurut Jabatan Meteorologi, dalam satu kenyataan semalam, keadaan sama dijangka berlaku di Terengganu, membabitkan Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang. Beberapa daerah di Kedah termasuk, Kubang Pasu, Sik, Kota Star, Pendang, Yan serta Padang Terap dan Perlis dijangka mengalami keadaan sama mulai pagi Isnin ini sehingga 1 Disember.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendahdan berdekatan tebing sungai.
Sumber : Harian Metro
Gambar: Carian google.

Wednesday, November 24, 2010

::Manafaat kasihi haiwan::

Tahukah anda, haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semulajadi?
Dengan menghabiskan masa selama 15 min hingga 30 minit setiap hari bersama haiwan kesayangan akan membuatkan paras hormon berkaitan tekanan menjadi rendah. Pada masa yg sama, paras hormon serotonin yg penting utk kesihatan menyeluruh pula meningkat.

Tidak seperti manusia, yg berasa bosan mendengar cerita yg berulang2, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yg baik kepada masalah dan cerita yg diluahkan anda. Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya..


Hakikatnya, individu yg membela haiwan peliharaan biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang dari asyik memikirkan masalah...

Info: Metro Ahad
Gambar: kucin sendiri..hihi - kucin saya ni mmg hyperaktif..nampak benda bergerak je, semua nak tangkap.Panjat dinding ,masuk dalam topi keledar ni faveret dia la..bunga hiasan tu plak, habis dia cabut..macam mana?haha kena tgk sendiri..huhu

Wednesday, November 17, 2010

::Selamat Hari Raya::


Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam..
Diharapkan hari raya kali ini membawa seribu satu makna dalam hidup kita..
Kat Kedah sekarang ni mendung nak hujan je..mood raya pun agak kurang la..huhu

Ohya..hari ini juga hari yg special juga tau..Hari ni birthday tunang saya..hehe(interframe lak) (Hepi ni dear)..
Bithday beliau kali ni yg ke 28..(bertambah usia)mmm..berjauhan lagi ...tak dapat nak celebrate sesama...tp takpe2, next year sure kite celebrate sesama kan..InsyaAllah..
Tahun ni hepi la beliau celebrate di rumah bersama keluarga+raya aji sekali..jarang dapat tu..



Apa pa pun...tumpang seronok utk abg..ada special gift menanti..mungkin smpai lambat sikit kot..huhu..tunggu ye...

Dan pada sesiapa yg birthday hari ni, selamat hari jadi juge ye..terutama blogger mscetobery
Baru je kenal ni..hehe..semoga panjang umur dan dimurahkan rezki..



Monday, November 15, 2010

::Gunung2 yg masih aktif di Indonesia::

Selepas Gunung Merapi yg meletup baru-baru ini, status gunung berapi diseluruh Indonesia turut meningkat sehingga mendorong penduduk setempat sekitar gunung bersiap sedia.
Catatan terbaru Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menunjukkan status gunung yg terletak diseluruh Indonesia berdepan dengan aktiviti luarbiasa. Berikut ialah 19 gunung berapi yg diletakkan status waspada oleh pihak berkuasa Indonesia.

1)Gunung Seulawah Agam

2)Gunung Sinabung
3)Gunung Talang
4)Gunung Kaba
5)Gunung Kerinci
6)Gunung Anak Krakatau
7)Gunung Pepandayan
8)Gunung Slamet
9)Gunung Bromo
10)Gunung Semeru
11)Gunung Batur
12)Gunung Rinjani
13)Gunung Rokatenda
14)Gunung Sangeang Api
15)Gunung Egon
16)Gunung Sepotan
17)Gunung Lokon
18)Gunung Gamalama
19)Gunung Dukono

Sumber: Metro Ahad

Sunday, November 14, 2010

::Letih berjalan::

Hari ni terasa letih la..bangun pg tadi pun rasa tak bes je..huhu..Penat berjalan..Kaki sakit
Semalam saya off..Keluar membeli barang sikit..
Hmm..buat persiapan sikit utk hari bahagia nnti..hehe

Ohya..ramai yg tanya keadaan banjir ditempat saya..
Alhamdulilah, rumah dikampung saya kat Changlun,
tak naik air..Ada la 2,3 buah rumah saudara saya naik air terutama di kawasan rendah..
Tempat kerja saya pun naik air..dekat seminggu juge off.tp Alhamdulillah barang2 semua selamat..

Semalam gi Jitra, terjumpa pula kawan lama sekolah menengah dl..Lama tol tak jumpa, sejak meninggalkan zaman persekolahan..Beliau datang dengan parent beliau..Hepi je bershoping raya..hehe..Rumah beliau pun air naik.

Raya haji dah dekat tp macam tak raya je..heh.
Takde persiapan pn mcam Aidilfitri..Bj pun pakai yg lama je pun..
Kuih rya pun mungkin buat 1-2 jenis je..Tak ramai yg datang kot.sbb nnti byk kenduri korban kat kg..kire menziarah juge kan..

Hah..teringat pula..Impak banjir tempohari, kedai2 kat Jitra buat lelongan dan potongan separuh harga..Rambang mata lah..nak beli itu beli ini..Mak saya ada beli radio berjenama baru..diskaun lagi..Beli barang lelongan dan diskaun ni kena hati2 sikit..kena tgk juge..macam barang letrik tu , pastikan semua dalam keadaan baik..kena test dl kat kedai, tanyakan warranty.apa2 pun kuasa membeli tu ditangan kita, pastikan beli barang bermanafaat dan berbaloi dengan harga yg kita kena bayar tu..

p/s sori la takde lak gambar2 masa banjir tempohari..Gambar lelongan pun takde nk uplod..

Friday, November 12, 2010

::121110::


Hari ni 12.11.10..
Tarikh yg cantik gak ni..heheh..
Angka menurun..
Ada sape2 birthday hari ni?sy wish selamat hari jadi la ye..
Apa2 pun..ada lagi 5 hari sebelum bithday abg..hehe..
Saya lak excited lebey :p



Saturday, October 30, 2010

::30hb::


Sudah separuh perjalanan ini..
Diharapkan sepanjang perjalanan itu kita tabah mengharungi..
Suka duka kita tempuhi bersama..
Ku bahagia dengan cintamu padaNya,
cintamu pada keluarga dan cintamu padaku..

Moga bahgia milik kita bersama..

Dadali-DiSaat Aku Menyintaimu with lyrics.wmv

suka lagu ni

Thursday, October 28, 2010

::Tanda Kasih::

Lagu ni dinyanyikan oleh Dayang dan Lah masa Festival Filem Malaysia tempohari..Dalam byk2 persembahan, persembahan ni gak yg menarik hati..sbb kekuatan lagu tu..ditambah kemerduan suara duet dorang..

Oh ya..sebelum ni, lagu ni dinyanyikan oleh Ahmad Mahmud dan Rahmah Rahmat dalam filem "Isi Neraka..Kemudian dinyanyikan semula oleh Uji Rashid dan Hail Amir..Memang best =). Apa-apa pun enjoy la klip video ni..

::Baby baru::

Salam..
Wah..lama tol tak update ye..huhu..takde pe nak dicitekan..huhu
hmm..semalam masa saya balik, terdengar kitten ni nanges2 ..rupanya mak bgtau, kawan pada mak bg kitten ni kat kitaorg.sbb takot kitten ni mati anak dia main lambung2..huhu..
syukur sangat dapat kitten hehehni..comey lak tu..bulu dia belang2 macam tiger..tp kale itam dan putih..comey nye..
Nama belum ada lagi..tp mak nk bg nama Awan dan Abel..pilih2 yg mana berkenan..hehe
tadi sblm nak gi keje, nanges lagi dia..cian dia..sedih kot kena tinggal..huhu..
hm..ni pic dia amik semalam..sori la pic tak lawa. guna kamera fon cikai je..huuu



Tuesday, October 5, 2010

Bunga kebangsaan kita..

Rukun negara kita
Logo bunga raya dalam Hari Pahlawan

Salam..

Hai..
Perasan tak, kat tv sekarang ni selalu sebut pasal bunga kebangsaan kita?Ala..selalu ada kat RTM..
Dah Jubli Emas rupanya bunga kebangsaan kita ni..50 tahun dah..sejak tahun 28 Julai 1960..
Sebelum bunga ni dipilih sebagai bunga kebangsaan, byk lagi bunga tempatan lain dicadangkan, antaranya kenanga, melur(sebenarnya ada lagi yg lain, tp ingat yg ni je..huhu)
Bunga ni dipilih oleh Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kita..
Ok, bunga ni dipilih sbb ada simboliknya..Antaranya:

1-Warna merah bunga raya bermaksud keberanian..
2 Setiap 5 kelopak bunga raya tu melambangkan 5 prinsip Rukun negara kita iaitu:

a)Kepercayaan pada Tuhan
b)Kesetiaan pada Raja dan negara
b)Keluhuran perlembagaan
d)Kedaulatan undang undang
e)Kesopanan dan kesusilaan

Logo yg memaparkan bunga raya pun ada juge. Yang sy ingat lah,contohnya masa sukan Komanwel 1998, logo utk tema hari kebangsaan pd tahun 1995 dan 1997 (klo ada lagi sila betulkan) dan juga, logo dalam kempen melawat Malaysia ..









Logo-logo bunga raya dalam acara tahunan Malaysia dan Sukan Komanwel

Gambar- gambar sumber dari google

Sunday, September 26, 2010

malasnye..


Picture: carian google

Semenjak 2 menjak ni, malas lak nak update..huhu..gusi sakit..rasa2nya gigi bongsu nak tumbuh kot..gigi gerham kanan belah atas.huhu

mmm..menurut wikipedia, gigi bongsu tu gigi gerham ketiga yg tumbuh pada setiap manusia yg berumur lingkungan 18-30 tahun..dl2 gigi bongsu bawah saya dah tumbuh, tp tak berapa perasan pun,tup2 dah ada..tp tumbuh lak tak sempurna....huhu..sekarang ni, seksa nak makan, adeh la..nak jumpa doc, takot ar..tkot nnti kena cabut..teringat lak zaman sekolah kecik2 dl..takot nk jumpa doc gigi,pura2 tak nak gi sekola.hehe

Lani rasa nak demam pon ada, gusi sakit, tak selesa..waa...:(

Azfar - Akan Ku Jumpa With Lyric

Wednesday, September 22, 2010

:selamat hari raya::





Auni syg..


Raye 1, 2 dan ketiga mmg beraya sakan la..kutip duit raya untuk Auni..hehe..Auni pon suke berjalan.bole dikatakan tak nak didukung..bile meragam je..ahaks..biasala kan bebudak..

Mmm..dalam beraya tu, ramai je yg ngusik2 bile lagi nak kendurinye...amboi2..tak sabar pule dorang ye..Heheh..tuan punye badan rilex je pun..( ye ke :p)..Nanti sampai masanya akan diberitahu juge..InsyaAllah..Ujung tahun ni pun ramai juge kawan2 saya yg akan kawen..Alhamdulilah..jodoh dorang sampai dl..

mmm...dalam pada yg sama, sy rasa makin berisi lak pp nih..perasaan sendiri ke mmg camtu ke ntah le..huhu tp berat maintain jer..adoi la..

Thursday, September 9, 2010

::Pantun Aidilfitri::

::Salam AIDILFITRI::

Picture: carian google.
Salam akhir Ramadhan..
Hari ini merupakan hari terakhir kita di Bulan Ramadhan tahun ini...Apa yg anda rasa?sayu?Tentu sekali..Pasti Ramadhan yg merupakan pesta ibadah akan dirindui..apa2 pun, sebagai umat Islam, kita patut bergembira walaupun berduka meninggalkan Ramadhan mulia..bergembira kerana telah sebulan diuji di 'sekolah' khas Ramadan ni..Alhamdulillah..syukur...Aidilfitri dirai sebagai hadiah dariNya kepada kita yg telah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang Ramadhan..

Saya juge melalui pelbagai cabaran, diakhir dan pertengahan Ramadhan ini..tp tak ape lah..itu tandanya Dia mengingati dan menyayangi kita yg kekadang terlupa sesaat padaNya..

Akhir kalam,sy memohon maaf pada bloggers andai ada komen dan kata2 yg tidak menyenangkan..Maaf andai sy jarang terjah balik ke blog anda kerana kekangan masa yg mencemburui..huhu

Pada keluarga dan sahabat, terima kasih kerna tidak henti mnyokong saya, dan maaf dan ampun dipinta andai ada perbuatan dan kata2 yg tidak menyenangkan..

Pada tunang tercinta, cinta dan kasih ini ttp padamu..Maaf sekali lagi andai kata2 lalu menyakitimu..Selamat Hari Raya Abg..huhu

Monday, September 6, 2010

Kad raya


Besnye dapat kad raya kan..Rasanya dah lama le tak dapat surat atau pun kad..Klo ada pun surat, surat dari bank..uhuhu..Time raya camni la kawan yg dah lama lost contact akan anto kad raya..tu pun klo ada yg ingat kt kita la..huhu.Tahun ni saya dapat kad raya special dari tunang tercinta..hehe..suprise tol. balik dari keje tgk2 ada sampul putih atas meja,seronok sgt..:)

Oh ya kad raya diatas dari adik Wan_Hazel..Beliau ni mmg kreatif, dengan tutorial nye, cerita nye, dan background blog beliau yg menarik..mmg tabik la..hehe..terima kasih dik ye..tahun depan kasik la lagi..hehe ^_~

Tuesday, August 31, 2010

::Selamat hari lahir Auni sayang::


Salam kemerdekaan..Hari ni 31 Ogos 2010 genap lah Auni Batrisyia, anak saudara saya berusia 2 tahun..Mak ngah harapkan Auni jadi anak yg solehah..jgn bg umi marah2 tau sayang..Bila besar nanti jadi insan berguna pada negara ya..Mak ngah rindu Auni...nanti raya kita jumpa...yahoo...ammmmuah untuk Auni ^_^

::Salam kemerdekaan::


Salam kemerdekaan buat semua.. Hari ni genap 53 tahun kita merdeka kan..Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya..Allah bg kita peluang merasai nikmat kemerdekaan dari penjajah.. Tapi..ada satu persoalan di minda..Merdeka kah kita andai masalah sosial semakin menjadi-jadi sekarang ni?Kes buang bayi, zina, arak, pemerdagangan manusia, judi, pecah amanah, mercun, bendera Malaysia dibakar, dll semakin berleluasa..

Saya amat sedih dengan situasi2 ini.Sepatutnya semakin lama kita merdeka, semakin bebas kita dari masalah2 ini.Persoalanya kenapa semua masalah ini berlaku?apa puncanya?dari situ kita dapat menyelesaikan masalah terbabit..Jangan sekadar menuding jari kesalahan sendiri pada org lain..Pendek kata, Iman dan taqwa adalah benteng kepada semua permasalahan. Jika kita takut pada Allah, dengan izinNYA, Malaysia akan aman makmur dengan rakyat yg berbilang kaum ini..InsyaAllah..

1 Malaysia menjana transformsi diharapkan bukan hanya tema atau slogan, tetapi membawa perubahan yg ketara dalam Malaysia..Diharapkan Malaysia aman makmur selama2nya disamping ketaqwaan kita padaNya.

Salam 1 Malaysia..

Monday, August 30, 2010

::Rahsia hati::


Alhamdulillah, hari ni genap 4 bulan pertunangan kami..macam2 rasa dilalui sepanjang 4 bulan ni..Ada hepi, sgt hepi, terlebih hepi pun ada..syukur.. Rasa cinta ni dikurniakanNya kepada saya dan dia..Ku bermohon padaMU agar rasa ini kekal hingga akhir hayat kami..amin..

Padamu sayang...
Detik demi detik, rasa ini subur mewangi
Rindu menjadi pengikat kasih kita
Walaupun jauh dimata, hatiku dan hatimu sentiasa ada disini..
Ku sedar,diriku bukan lah yg terbaik,
tp akan berusaha utk menjadi yg terbaik utk mu sayang..

Terima kasih sayang kerana menerima diri ini..
Ku mencintaimu tanpa syarat..


Picture:google ye

::Syukur::

Picture: Carian google

Saya sudah ok dari kedukaan semalam..Mungkin Allah nak ingatkan saya, betapa tinggi kita pun, haruslah ingat org dibawah..Syukur Ya ALLAH..Kadang2 org lain berubah berpunca dari diri kita sendiri yg terlupa..

Alhamdulillah....CintaMu melaut luasnya kepada kami sedangkan kami selalu alpa pd MU..Ampunkan kami Ya Allah..Ampunkan kami..

Sunday, August 29, 2010

:::mood sedih:(... :::



Carian google...

Apa yg anda rasa klo org yg kita percaya tetiba sembunyikan sesuatu dari kita..huhu...sedihnya...:(