Thursday, November 25, 2010

Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan, iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai mulai pagi Ahad ini dan dijangka berterusan sehingga 30 November ini.
Menurut Jabatan Meteorologi, dalam satu kenyataan semalam, keadaan sama dijangka berlaku di Terengganu, membabitkan Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang. Beberapa daerah di Kedah termasuk, Kubang Pasu, Sik, Kota Star, Pendang, Yan serta Padang Terap dan Perlis dijangka mengalami keadaan sama mulai pagi Isnin ini sehingga 1 Disember.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendahdan berdekatan tebing sungai.
Sumber : Harian Metro
Gambar: Carian google.

2 comments:

Far8 budak baik said...

haahhh kat sini pun dah mula hujan..
sabah huhu

Unknown said...

ye ke..kat kedah pun hari2 hujan.