Monday, December 6, 2010

::Salam tahun baru Hijrah::

Doa akhir tahun: "Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan MU, tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yg telah ditetapkan kepadaku.


Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu ampunilah aku dan apa yg telah aku lakukan pada tahun ini yg Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau Ya Karim Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji bg Allah tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam..
Amin..

Dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu Magrib pd akhir bln Zulhijjah.
Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata," Kesusahan bagiku dan sia2 lah pekerjaanku menggoda anak Adam pd tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sbb membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Post a Comment