Monday, December 6, 2010

::Doa awal tahun::


Doa awal tahun : "Segala puji hanya bg Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat serta salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yg kekal abadi utk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yg Maha Agung, dan kemurahan Mu yg melimpah, sesunguhnya pad tahun ini aku memohon kepada Mu perlindungan dari syaitan yg direjam, dari sekalian konconya, tenteranya dan penolongnya.

Aku juga memohon perlindungan nafsu amarah yg sentiasa mendorong kearah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yg tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada Mu.

Selawat serta salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan sahabat. Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin..

Doa ini dibaca tiga kali selepas Magrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

1 comment:

Anonymous said...

salam maal hijrah :)