Tuesday, October 5, 2010

Bunga kebangsaan kita..

Rukun negara kita
Logo bunga raya dalam Hari Pahlawan

Salam..

Hai..
Perasan tak, kat tv sekarang ni selalu sebut pasal bunga kebangsaan kita?Ala..selalu ada kat RTM..
Dah Jubli Emas rupanya bunga kebangsaan kita ni..50 tahun dah..sejak tahun 28 Julai 1960..
Sebelum bunga ni dipilih sebagai bunga kebangsaan, byk lagi bunga tempatan lain dicadangkan, antaranya kenanga, melur(sebenarnya ada lagi yg lain, tp ingat yg ni je..huhu)
Bunga ni dipilih oleh Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kita..
Ok, bunga ni dipilih sbb ada simboliknya..Antaranya:

1-Warna merah bunga raya bermaksud keberanian..
2 Setiap 5 kelopak bunga raya tu melambangkan 5 prinsip Rukun negara kita iaitu:

a)Kepercayaan pada Tuhan
b)Kesetiaan pada Raja dan negara
b)Keluhuran perlembagaan
d)Kedaulatan undang undang
e)Kesopanan dan kesusilaan

Logo yg memaparkan bunga raya pun ada juge. Yang sy ingat lah,contohnya masa sukan Komanwel 1998, logo utk tema hari kebangsaan pd tahun 1995 dan 1997 (klo ada lagi sila betulkan) dan juga, logo dalam kempen melawat Malaysia ..









Logo-logo bunga raya dalam acara tahunan Malaysia dan Sukan Komanwel

Gambar- gambar sumber dari google

2 comments:

Tieah Madian said...

Ade tgk iklan ni..
Siap ade lagu lg bunga kebangsaan ni ek..
Haha..
Malaysia mmg terbaek!

nur said...

selamat menyambut jubli emas bunga kebangsaan
ALL IN ONE