Monday, April 19, 2010

::30 pesanan buat para suami(bakal suami pun ok ^_^) ::




Dipetik dari Majalah NUR April 2010 (m.s 116&117)

1)Sentiasa berniat dan berdoa menjadi suami cemerlang.

2)Sentiasa bersyukur dengan jodoh yang ditentukanNya.Yakinlah pasangan anda adalah yg terbaik utk anda.

3)Jadilah suami mithali yg dibanggakan isteri..Tunjukkan contoh yang baik kepada isteri.

4)Peruntukkan masa berbual dengan isteri walaupun sebentar. Setiap isteri pasti akan bahagia apabila suami berbual dengannya.

5)Pulanglah dengan senyuman dan bersemangat bukan dengan menunjukkan muka letih dan meminta layanan bagaikan raja.
6)Gunakan masa didalam kenderaan utk bergurau senda dengan isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja.Jangan diam2 je ok.

7)Ringankan tangan telefon atau sms kepada isteri dan menyatakan sayang dan rindu kepada isteri anda. Pasti isteri anda berbangga dan sepanjang hari tersenyum je ^_^

8)Selain menghubungi isteri, hiburkan hatinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan. Gurauan pasti mengeratkan hubungan anda.

9)Jadikan makan malam bersama setiap hari sebagai kemestian. Ketika makan, anda boleh berbual dan saling menasihati.

10)Bantu isteri buat kerja rumah bagi meringankan bebannya selain mengeratkan kasih sayang antara pasangan.

11)Jadikan mesyuarat keluarga satu amalan. Ini bg membantu menyelesaikan pelbagai masalah

12)Pastikan penampilan anda sentiasa kemas,bersih, wangi, sihat dan ceria..Suami ceria, isteri pon suke ^_^

13)Mendidik isteri tanggungjawab suami.Jadi, didiklah dengan cara memberi nasihat berhikmah bukan cara dengan memperli-perli..huhu(tak baik tau)

14)Jangan abaikan nafkah kepada isteri.Walaupun isteri juga bekerja, tidak adil utk dia tidak menerima nafkah dari suami.

15) Taatlah kepada perintah tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kerana sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab atas segala yg dilakukan keluarganya.




Sekian dl..sambung sok lak..penat lak nak tep ptg ni.huhu

No comments: