CUBA BAYANGKAN
6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis
jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.
Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam
9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masihg elap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh
dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan. Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..
apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.. Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!! Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat.. Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan,golongan yang tidak pernah baca Quran, 24 jam baca Quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yg tak
menutup aurat,segera bertudung labuh.tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..
Starts from now on.. Mulai pda hari ini kmbali la ke jalan Allah. Berdoalah agar Allah panjangkan umur kita sampai harini supaya kita sempat BERTAUBAT ...
Wednesday, October 8, 2014
Tuesday, September 23, 2014
~ 3 Tanda Apabila Kucing Datang ~
Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?
3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.
Pertama.
Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.
Ketiga.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.
Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan..
Saturday, September 20, 2014
RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Wednesday, August 27, 2014
Janji terakhir
Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf dan buat baik..

Thursday, April 24, 2014
24.4.14
.jpg)
Hari ni hari lahir saya..
Alhamdulillah..dah 30 tahun usia saya..
Terima kasih mak kerana lahirkan angah.
Terima kasih ayah kerana membesarkan angah.
Terima kasih suami atas kasih sayang yang tak terhingga
Terima kasih kawan2 atas ucapan dan ingatan di hari jadi saya.
Semoga kita semua dirahmati Nya ..
Friday, April 18, 2014
RODA KEHIDUPAN.
TAZKIRAH JUMAAT..
RODA KEHIDUPAN.
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi."
Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata:
"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang:
"Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda bermaksud:
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
Wallahu a'lam

Monday, April 14, 2014
Bubur Nasi Istimewa
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm nasi putih semalam
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 cm halia | dikisar
- 10 gm daun sup | dihiris nipis
- 10 gm daun bawang | dihiris nipis
- 10 gm ikan bilis goreng
- 10 gm kacang tanah goreng
- 1 biji telur masin | dibelah dua
- 5 gm cili merah | dihiris
- 5 gm bawang goreng
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Sedikit air suam
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Nasi putih semalam dikisar dengan air suam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Campurkan nasi putih yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Taburkan dengan daun bawang, daun sup, kacang tanah, cili merah, bawang goreng dan telur masin.
Kredit untuk majalah RASA
Kredit untuk majalah RASA
Percubaan pertama
Assalamualaikum.
Gambar ni merupakan gambar pertama menggunakan aplikasi picart. org dah lama guna, sy baru nak cuba. Takpela, better late than never bak kata org putih. hihi.
Rasanya tak cukup rasa lah edit gambar nih. huhu. err...hentam saja la.

Gambar ni diambil dalam pasaraya. masa tu air takde, minggu pertama ketiadaan air di kawasan perumahan saya. Masa tu belum bersedia dgn air yg banyak, nak dijadikan cerita, Irfan tak selesa, melekit abis badan, nasib kat pasaraya tu ada bilik utk tukar lampin, kami pun amk keputusan utk tukarkan lampin irfan kendian mandi sikit. seronok Irfan lepas tu. Terlompat2 dia bila dapat berjalan2 di waktu malam, hehe
Monday, March 24, 2014
ALFATIHAH-MH370
TAKZIAH MALAYSIA : MH370 DISAHKAN TERHEMPAS DI SELATAN LAUTAN HINDI MENGORBANKAN KESELURUHAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL - ALFATIHAH
Baru sahaja sebentar tadi sidang akhbar dari YAB Perdana Menteri akan pengesahan yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Dari maklumat awal dari media BBC, tiada mangsa yang terselamat.
ALFATIHAH untuk mangsa dan moga bertabah pada ahli keluarga mangsa. sesungguhnya ini adalah ujian untuk hamba2Nya yg terpilih..
Wednesday, March 19, 2014
Subhanallah
Subhanallah..Maha Suci Allah
Seronok dengar burung berkicauan kan?
cuaca pagi ni pun nyaman je
"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan"
(Surah Ar Rahman )
(✿◠‿◠)
Monday, March 17, 2014
Hujan dah turun
Friday, March 14, 2014
Renungan buat diriku yg selalu lupa..
Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.
Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...
Thursday, March 13, 2014
Banyak minum air ye
Cuaca kat luar berjerebu, kelabu je sekeliling.
feeling2 dok Cameron sat, haha,
Tp Cameroon sejuk, ni udaranya panas, nak hidu pun perit. huhuh
Bau asap memang terasa sampai dalam rumah
Memang rasa hangatnya.
Banyak betul dugaan kat Malaysia sekarang ni kan?
Apa-apa pun, banyakkan minum air, anak tunggal saya pun senang nak minum air masak sekarang ni, Alhamdulillah..

Monday, March 10, 2014
Sunday, March 9, 2014
Operasi blogwalking bermula
Assalamualaikum
Seperti yg dinyatakan dulu, saya dah start berblog walking sambil2 membaca blog kawan2. ada yg baru folow dan ada yg dah folow dah dulu..
macam2 dapat jumpa, ' rumah' kawan2 yg tersusun kemas, cantik , menarik, de bom. heheh
Apa lagi, jom kita berblogwalking
l

Solat Hajat memohon kelancaran operasi
ORANG ramai Solat Hajat memohon kelancaran operasi mencari serta menyelamat penumpang dan krew MH370 yang dibuat sejurus selepas Solat Zohor dan di imamkan oleh Imam Besar Masjid Seksyen 13, Ustaz Muhammad Rizal Sabran, 35, di Masjid Seksyen 13.
FOTO Asyraf Bokhar
sumber : Harian Metro
FOTO Asyraf Bokhar
sumber : Harian Metro
Saturday, March 8, 2014
Friday, March 7, 2014
Testing pertama 1,2 3
Percubaan pertama menaip blog menggunakan smart fon.
Orang lain mungkin dah lama buat, tapi sy baru hari ni cuba. Haha. Better late than never kata orang putih :p
Apa pun agak mudah nk taip. Menaip pun dari hati kata orang..
Harap2 lepas ni sy akan merajinkan diri update blog. Irfan pun dah besar. Dah pandai berebut fon ibunya..ni pun nasib dia dah tidur. Bolehla ibunya online dgn pantas. Hehe. :P
P/s : Lepas ni klo ada masa nk blogwalking blog rakan2 blogger.
Wednesday, January 29, 2014
Fynn Jamal - Arjuna Beta (Lyrics)
Lagu ni ibu tujukan untuk anakanada ibu..
Ibu doakan yg baik-baik untuk anak ibu tersayang..Muhammad Firas Irfan
Pertama kali dengar lagu ni saya rasa sebak..tah kenapa...
liriknya menyentuh hati..
"hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela"
"ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda"
Thursday, January 2, 2014
Aku Yang Menerima Kasihmu
Aku Yang Menerima Kasihmu
Kasihnya emak, tiada tandingannya.
Kasihnya ayah, berkorban jiwa.
Kasihnya suami, membawa ke syurga.
Kasihnya anak, nak bermanja sentiasa.
Kasihnya keluarga, tak rasa jauh di mata.
Kasihnya rakan, tak putus doa.
Kasihnya majikan, tak menganiaya, malah bayar gaji & EPF ikut masa.
Semoga Allah melimpahkan sepenuh rahmat pada emak, ayah, suami, anak, keluarga, rakan dan majikanku.
Amin...
Azam tahun baru
Tahun baru, perubahan baru untuk
kita semua.
- Solat awal waktu.
- belajar tutup aurat sikit demi sikit.
- rajinkan diri bangun tahajud.
- istiqamah baca Quran tiap usai
solat.
- rajin jejak kaki ke masjid terutama
waktu subuh dan maghrib.
- Jauhi couple.
- belajar istiqamah puasa isnin dan
khamis.
- kurangkan upload gambar macam-
macam gaya di facebook.
- jauhi mengumpat.
Dan banyak lagi. InsyaAllah
Copy paste only :)
kita semua.
- Solat awal waktu.
- belajar tutup aurat sikit demi sikit.
- rajinkan diri bangun tahajud.
- istiqamah baca Quran tiap usai
solat.
- rajin jejak kaki ke masjid terutama
waktu subuh dan maghrib.
- Jauhi couple.
- belajar istiqamah puasa isnin dan
khamis.
- kurangkan upload gambar macam-
macam gaya di facebook.
- jauhi mengumpat.
Dan banyak lagi. InsyaAllah
Copy paste only :)