Thursday, January 15, 2009

SELSEMA

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.
Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema


Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah:
sakit tekak
sakit kepala dan sakit badan
mata berair
demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
hidung berair
hidung tersumbat
batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.
Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul kecuali doktor anda mensyaki berlakunya jangkitan kuman.
Post a Comment