Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.
Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.
Tanda-tanda selsema
Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah:
sakit tekak
sakit kepala dan sakit badan
mata berair
demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
hidung berair
hidung tersumbat
batuk, selalunya tanpa kahak
Rawatan
Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.
Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul kecuali doktor anda mensyaki berlakunya jangkitan kuman.
Thursday, January 15, 2009
KELEMUMUR
Masih menghadapi masalah kelemumur, walaupun anda telah menggunakan banyak jenis syampu? Kelemumur tidak ada kena mengena dengan penjagaan kesihatan seseorang. Orang yang bersihpun ada juga yang menghadapi masalah ini.
Apakah penyebab utama kelemumur?
Kelemumur disebabkan oleh fungus (kulat) yang dinamakan P. ovale. Kulat ini sentiasa ada di permukaan kulit kita dan ia tidak menyebabkan sesuatu yang merbahaya. Sekiranya kulat ini menjadi banyak, selalunya sehingga 10 - 20 kali daripada keadaan normal, kelemumur akan terjadi. Kulat ini menyebabkan inflamasi di akar rambut yang menyebabkan terjadinya kelemumur.
Perkara-perkara yang tidak benar mengenai kelemumur:
1 - Kelemumur boleh dijangkiti melalui sikat dan bantal 2 - Kebersihan diri berkaitan dengan kelemumur 3 - Pemakanan yang buruk menyebabkan kelemumur 4 - Stress, kebimbangan dan ketegangan menyebabkan kelemumur 5 - Kepanasan dan kelembapan menyebabkan kelemumur Faktor-faktor di atas mungkin memburukkan lagi kelemumur, tetapi bukanlah penyebabnya.
Ubat yang efektif untuk kelemumur:
Ubat yang paling berkesan ialah ubat yang mengandungi anti-kulat. Tanyakan ahli farmasi atau doktor anda tentang shampu yang mengandungi ketoconazole. Anda tidak perlu menggunakannya setiap hari. Gunakannya dua kali seminggu sehingga kelemumur anda hilang. Selepas itu, anda masih lagi perlu menggunakannya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengawal pertumbuhan kulat di kulit kepala anda.
Anda juga boleh menggunakan ubat yang mengandungi selenium sulfide. Cara penggunaannya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang mengandungi ketoconazole. Jenama produk ini ialah Selsun (Ada dua jenis Selsun - yang pertama yang lebih kuat - ini hanya boleh didapati daripada farmasi, dan yang kedua yang kurang kuat, lebih dikenali sebagai Selsun Blue).
sumber:www.anispharmacy.com