Wednesday, November 24, 2010

::Manafaat kasihi haiwan::

Tahukah anda, haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semulajadi?
Dengan menghabiskan masa selama 15 min hingga 30 minit setiap hari bersama haiwan kesayangan akan membuatkan paras hormon berkaitan tekanan menjadi rendah. Pada masa yg sama, paras hormon serotonin yg penting utk kesihatan menyeluruh pula meningkat.

Tidak seperti manusia, yg berasa bosan mendengar cerita yg berulang2, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yg baik kepada masalah dan cerita yg diluahkan anda. Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya..


Hakikatnya, individu yg membela haiwan peliharaan biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang dari asyik memikirkan masalah...

Info: Metro Ahad
Gambar: kucin sendiri..hihi - kucin saya ni mmg hyperaktif..nampak benda bergerak je, semua nak tangkap.Panjat dinding ,masuk dalam topi keledar ni faveret dia la..bunga hiasan tu plak, habis dia cabut..macam mana?haha kena tgk sendiri..huhu

Wednesday, November 17, 2010

::Selamat Hari Raya::


Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam..
Diharapkan hari raya kali ini membawa seribu satu makna dalam hidup kita..
Kat Kedah sekarang ni mendung nak hujan je..mood raya pun agak kurang la..huhu

Ohya..hari ini juga hari yg special juga tau..Hari ni birthday tunang saya..hehe(interframe lak) (Hepi ni dear)..
Bithday beliau kali ni yg ke 28..(bertambah usia)mmm..berjauhan lagi ...tak dapat nak celebrate sesama...tp takpe2, next year sure kite celebrate sesama kan..InsyaAllah..
Tahun ni hepi la beliau celebrate di rumah bersama keluarga+raya aji sekali..jarang dapat tu..



Apa pa pun...tumpang seronok utk abg..ada special gift menanti..mungkin smpai lambat sikit kot..huhu..tunggu ye...

Dan pada sesiapa yg birthday hari ni, selamat hari jadi juge ye..terutama blogger mscetobery
Baru je kenal ni..hehe..semoga panjang umur dan dimurahkan rezki..



Monday, November 15, 2010

::Gunung2 yg masih aktif di Indonesia::

Selepas Gunung Merapi yg meletup baru-baru ini, status gunung berapi diseluruh Indonesia turut meningkat sehingga mendorong penduduk setempat sekitar gunung bersiap sedia.
Catatan terbaru Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menunjukkan status gunung yg terletak diseluruh Indonesia berdepan dengan aktiviti luarbiasa. Berikut ialah 19 gunung berapi yg diletakkan status waspada oleh pihak berkuasa Indonesia.

1)Gunung Seulawah Agam

2)Gunung Sinabung
3)Gunung Talang
4)Gunung Kaba
5)Gunung Kerinci
6)Gunung Anak Krakatau
7)Gunung Pepandayan
8)Gunung Slamet
9)Gunung Bromo
10)Gunung Semeru
11)Gunung Batur
12)Gunung Rinjani
13)Gunung Rokatenda
14)Gunung Sangeang Api
15)Gunung Egon
16)Gunung Sepotan
17)Gunung Lokon
18)Gunung Gamalama
19)Gunung Dukono

Sumber: Metro Ahad