Tuesday, August 10, 2010

.:Tips bersahur:.

Salam, hai..malam ni merupakan hari pertama kita bertarawikh dan bersahur kan..Saya ada tips utk yg nak bersahur malam/pagi ni..Jom..(Sumber Majalah Nur)
Tips sahur

1)Ketika bersahur amalkan daging putih seperti ayam atau ikan yg mengandungi protein tinggi dan senang dihadamkan berbanding daging merah (daging lembu ) .

2)Menu sahur sebaiknya tidak terlalu berperencah 'tajam' atau pedas yg akan membuatkan perut cepat lapar. Sebaik2 nya buatlah hidangan sedikit berkuah contoh singgang ikan, atau sup ayam.

3)Untuk mengurangkan rasa haus, kurangkan pengambilan garam dalam makanan.

4)Untuk mengurangkan rasa lapar, elakkan makanan berlemak ketika sahur.Selain mengandungi byk lemak, dikhuatiri akan menambahkan berat badan anda.

5)Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien penting seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah

Carian google

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..dan selamat bersahur..

Sambungan :)

Carian google

5)Jangan tinggalkan senaman
Menjalani ibadah puasa bkn bererti perlu berhenti dari melakukan senaman. bersenam akan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Namun, biarlah senaman yg dipilih tidak memerlukan tenaga yg byk seperti regangan tubuh, berjalan cepat dsb. selain itu, terwih juga merupakan senamanyg bagus kerana gerakan rukuk dan sujud mampu membakar kalori

6)Banyak minum air
Lebih dari 60% tubuh kita terdiri dari air, tanpa air yg ckp, tubuh akan mengalami gangguan. Utk itu, bykkan minum air ketika bersahur.

7)Jangan terus tidur setelah bersahur
Tubuh memerlukan waktu utk mencerna makanan. Harus ada perbezaan yg cukup sebelum tidur..seeloknya tidur sekejap sahaja selepas solat subuh.

Sunday, August 8, 2010

.::Tips di bulan puasa::.

Assalamualaikum...dah lama tak update kat sini..
mm..2, 3 hari lagi. kita akan menyambut Ramadhan bulan mulia..Apa kata sebelim tibanya Ramadhan, amik tips2 yg akan sy kongsikan ni..Sumber majalah NUR Julai :-)

Dalam berpuasa, sebenarnya mengajar kita menjadi lebih sabar dan mengawal nafsu. Berpuasa bukan saje menyihatkan badan, tetapi juge boleh mengurangkan berat badan. Bagi yg berpuasa, kena betolkan niat dl..berpuasa bkn semata2 utk menguruskan badan, tp kerana Allah Taala..

Tips 1) Jangan tinggalkan sahur
Sahur adalah sunat yg digalakkan. Rasulullah SAW bersabda, 'Sahurlah kamu, kerana dalam sahur terdapat berkat yg besar'. Ada diantara kita amat malas bersahur..kalau ikut logik, selama14 jam kita tidak makan dan minum sepanjang berpuasa, sudah tentu lah badan tidak akan mampu bertahan. selalunya org tidak bersahur akan mudah letih dan lapar. oleh itu, bersahurlah kerana bersahur dapat memberi tenaga disamping mendapat pahala sunat.sebaik2 waktu bersahur adalah paling dekat dengan waktu imsak.

2)Jangan menangguhkan waktu berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, tentu kita berasa letih. Jadi sebaik2 nya disegerakan waktu berbuka. Seeloknya berbuka dgn buah tamar dahulu diikuti makanan lain.

3)Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat asid didalam perut 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Biasakan berbuka dengan minuman suam dan iar rendah kandungan gula. Jika boleh, elakkan langsung minuman manis, sebaliknya menggantikan dgn buah kurma.

4)Makan secara bertahap
Biasanya selepas azan magrib, ramai terus berbuka hingga kenyang. ini tidak bagus utk kesihatan perut . Jangan terus makan dalam kuantiti yg byk..Makan secara berdikit2 dimulai dengan kurma&air, kemudian makanan yg agak ringan, solat magrib seterusnya makanan yg agak 'heavy'..

Tips ke 5,6 & 7 akan bersambung...