Tuesday, January 13, 2009

novel untuk asyikin


“Bunga tu mekar dalam hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata.”“Mata siapa?” Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura-pura masih tidak faham.“Di mata yang bercakap.”“Bunganya?”“Di depan, tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati.”Nurasyikin senyum nipis dan tawar. Menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap ‘ya’ ataupun cakap ‘tidak’. Ada risiko bagi kedua-dua jawapan. Dia sudah berdepan dengan perkara ini berulang kali. “Beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yang meninggi gunung.” Madah dijawab dengan madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yang sungguh-sungguh asyik menanti.“Wah, orang biotech pun sudah pandai bermadah! Padanlah orang sastera tak dapat kerja!” Mata mereka saling menatap.
Sukarnya menjadi rama-rama yang bersayap cantik, ‘dia’ sering aja menjadi perhatian!
Novel untuk Nurasyikin ialah karya kreatif seorang profesor dalam bidang sains yang sejak kecil meminati kesusasteraan. Susurilah pendekatan ISMAD ASTAR yang menggunakan kaedah motivasi untuk ‘menasihati’ pelajarnya yang seorang ini!
keterangan lanjut layari http://www.jemariseni.com/

1 comment:

Unknown said...

saya suka novel untuk asyikin ni sbb cover dia rama2,comel jer..lagi pulak, jalan ceritanya lebih kurang saya..pasal student yg rasa susah sgt nak belajar.huhu..nama watak ni juga macam nama kawan baik saya semasa sekolah dulu..bes sbb novel2 dari keluaran jemari seni mmg ada kelainan..syabas!