Monday, March 24, 2014

ALFATIHAH-MH370

TAKZIAH MALAYSIA : MH370 DISAHKAN TERHEMPAS DI SELATAN LAUTAN HINDI MENGORBANKAN KESELURUHAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL - ALFATIHAH
Baru sahaja sebentar tadi sidang akhbar dari YAB Perdana Menteri akan pengesahan  yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Dari maklumat awal dari media BBC, tiada mangsa yang terselamat.
ALFATIHAH untuk mangsa dan moga bertabah pada ahli keluarga mangsa. sesungguhnya ini adalah ujian untuk hamba2Nya yg terpilih..


Wednesday, March 19, 2014

Subhanallah



Subhanallah..Maha Suci Allah
Seronok dengar burung berkicauan kan?
cuaca pagi ni pun nyaman je 


"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan"
(Surah Ar Rahman )
(✿◠‿◠)

Monday, March 17, 2014

Hujan dah turun



Alhamdulillah, sejak dari pagi tadi, hujan dah pun membasai bumi Klang ni..
dah berbulan2 hujan tak datang. kesian pd pokok2 di halaman tak menerima hujan.
Rata2 tempat semuanya update hujan dah turun..Alhamdulillah..berkat doa, solat dan kesabaran, Allah turunkan hujan..



Friday, March 14, 2014

Renungan buat diriku yg selalu lupa..

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.
Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...


Salam Jumaat

Salam Jumaat yg barakah.
Moga hari ini dipermudah.

Amin..

Thursday, March 13, 2014

Banyak minum air ye

Cuaca kat luar berjerebu, kelabu je sekeliling.
feeling2 dok Cameron sat, haha,
Tp Cameroon sejuk, ni udaranya panas, nak hidu pun perit. huhuh
Bau asap memang terasa sampai dalam rumah
Memang rasa hangatnya.
Banyak betul dugaan kat Malaysia sekarang ni kan?
Apa-apa pun, banyakkan minum air, anak tunggal saya pun senang nak minum air masak sekarang ni, Alhamdulillah..


Monday, March 10, 2014

Sunday, March 9, 2014

Operasi blogwalking bermula

Assalamualaikum

Seperti yg dinyatakan dulu, saya dah start berblog walking sambil2 membaca blog kawan2. ada yg baru folow dan  ada yg dah folow dah dulu..
macam2 dapat jumpa, ' rumah' kawan2 yg  tersusun kemas, cantik , menarik, de bom. heheh
Apa lagi, jom kita berblogwalking
l

Solat Hajat memohon kelancaran operasi

ORANG ramai Solat Hajat memohon kelancaran operasi mencari serta menyelamat penumpang dan krew MH370 yang dibuat sejurus selepas Solat Zohor dan di imamkan oleh Imam Besar Masjid Seksyen 13, Ustaz Muhammad Rizal Sabran, 35, di Masjid Seksyen 13.

 FOTO Asyraf Bokhar

sumber : Harian Metro

Friday, March 7, 2014

Testing pertama 1,2 3

Percubaan pertama menaip blog menggunakan smart fon.
Orang lain mungkin dah lama buat, tapi sy baru hari ni cuba. Haha. Better late than never kata orang putih :p
Apa pun agak mudah nk taip. Menaip pun dari hati kata orang..
Harap2 lepas ni sy akan merajinkan diri update blog. Irfan pun dah besar. Dah pandai berebut fon ibunya..ni pun nasib dia dah tidur. Bolehla ibunya online dgn pantas. Hehe. :P

P/s : Lepas ni klo ada masa nk blogwalking blog rakan2 blogger.