Friday, September 30, 2011

novel alaf 21 dicetak rompak

Gempar..ingatakn cd lagu je dicetak rompak, novel pun ada risiko jugak..huhu..
berita ni sy dapat dari fan page FB Alaf21..so, kredit pada alaf 21 ye...saya kopi pes je

BERITA TERKINI!

Pihak Grup Buku Karangkraf telah berjaya mengesan dua lagi tajuk novel Alaf 21 yang telah dicetak rompak. Novel-novel itu Kasih Benar Kasih karya Aleya Anessa dan Bukan Kerana Sayang karya Amiza Anas.
Kepada semua peminat novel, kami mohon agar anda lebih berhati-hati supaya tidak terbeli novel cetak rompak yang tidak berkualiti. Mungkin ada yang dijual dengan harga yang lebih mu
rah.

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam difotostat.

2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.


hati2 ye kawan2 bg sesiapa yg suka baca novel..nampak macam serupa, tp sebenarnya terkena yg dicetak rompak..huhu

Thursday, September 29, 2011

kulit baru

salam kawan2..

rasa nak tukar background baru la utk blog nih.hmm..hampir 2 thun pakai yg ni...ok ke?seingat saya 2 kali kot sya tukar template utk jangka masa yg lama..first dl,seingat saya background putih, pastu ada kucin kat blakang, tp kucin tu transparent.comey sangat.hehe.lepas tu tukau yg nih..

hmm..ramai yg salah faham, dorang ingat, saya design sendiri background nih..sebenarnya tak..saya godek2 je free template ..saya bukannya reti sangat bab2 design2 nih.melukih pun terok,huhu..sya try n error je tutorial dalam blog yg saya search tu...lepas ni taktau nak pilih background yg macam mana..yg pastinya simple2 je..hehe

Tuesday, September 27, 2011

tahniah


Tahniah kepada adik saya yg dah pon konvo semalam..beliau menamatkan dgn jayanya kursus kejuruteraan elektronik di POLIMAS, Jitra...dekat je dengan kampung..tp sayangnye saya tak dapat meraikan bersama2 sbb dah tinggal jauh...klo dekat sure saya tlg amkkan gambaq2 kenangan disana...hmm...terpaksa tgk je dalam FB beliau...itu pon 4 keping je...jadi le dari takde langsung kan.huhuh.
pape pun tahniah buat beliau, nnt dah gaji jgn lpe belanja plak.ahahah :p
p/s seronok tgk gambar2 konvo beliau...terimbau kenangan konvo 2 thn lalu..heheh

Monday, September 26, 2011

Google plus


salam kawan2..

Tadi saya menerai satu application dari google ni iaitu google plus..pernah dengar tak?saya pun tak pernah dengar..hehe.tp pg sabtu lepas suami saya meng'add' saya ke google plus..tadi baru approve..wah..teruja..macam FB pun ada gak.mm..reka bentuk lebih kurang FB, bole share status, share picture, malah game pun ada.hehe ( sy mention game sbb saya suke main game dalam FB nu..hehe) oh ye...gambar2 yg kita uplod dalam blog ni pun nnti akan ada 1 folder utk kita tgk balik..terkejut gak pic lama2 yg kita uplod dulu2 tersimpan kemas dalam 1 album.heee..
tp masalhnye, disbbkan benda ni baru lagi (agaknye la,hehe) kawan pun tak ramai lagi..yg ada pun suami saya je..heee...ekceli kawan2 saya ramai yg guna yahoo.huhu, so kawan2 meh le add saya, shazlina84 at gmail dot com..

Saturday, September 24, 2011

trivia hari ini

‎1. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

2. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

... 3. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

4. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

5. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, September 22, 2011

lawak hari khamis


Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka???

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…


CICAK : isteriku tersepit pintu!


KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


p/s ketawa penawar duka..hehe

Wednesday, September 21, 2011

SUAMI : Ketika isterimu menangis, genggamlah tangannya...


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..


Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…


Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

kredit: from FB



Tuesday, September 20, 2011

selamat pagi

Assalamualaikum...selamat pagi Selasa...
Ceria tak hari ni?harap2 ceria2 selalu tau ^_^
Cuaca di tempat anda mcamana?Alhamdulillah sini hujan lagi..tp tak lebat...sejuk lagi bumi Allah hari ni...Anda semua dah sarapan?saya pun Alhamdulillah dah sarapan, nasi goreng sotong request dari suami...'bersilat' kejap tadi..suami nak bawak bekal gi opis.selalu suami tak bawak bekal, tp disebabkan lunch nnti beliau tak balik, saya masakkan bekal utk beliau...


Nasi goreng sotong bekal utk suami :)

Rupanya memasak utk yg tersayang ni mmg menyeronokkan kan...Bila tgk semua yg saya masak licin dimakan, seronok rasanya..hehe..(saya ni tak pandai masak sebenarnya) tp pelan2 saya belajar memasak. Suami plak jenis yg tak kisah saya masak apa, yg penting kenyang..

Hm...pgi td masa tgh memasak, tetiba terdengar lagu raya, tak ingat tajuk plak, tp lagu lama la..mmg menusuk kalbu kan lagu lama2 nih...walaupun Syawal dah pun hampir ke penghujungnya...tp takpela, lepas tu radio pasang lagu ceria balik, so hepi..heee ^_^

K, lah, saya nak sambung tgk cite Korea semalam le. tajuknye My fair lady.Ada yg dah tgk?saya baru berkesempatan nak tgk la.hehe (ketinggalan bas sikit :p )

Monday, September 19, 2011

::selamat pagi::

Assalamualaikum...selamat pagi...salam pagi isnin.apa khabar?lama giler tak update..hehehe..
hmm..sarapan apa hari ni?hari ni saya juz buat meehon goreng simple..alhamdulillah..jadi le kan...makan sorang2 kat umah...

cuaca kat luar mendung je la..sejuk...huhu.sambil2 baring ni saya try buka TONTON, first time tgk drama kat sini..heee...not bad la.takde bufering..iklan pun takde.citer pilihan saya?TEROWONG..aha..citer seram terbaru tv3...hari tu tak sempat tgk kat tv, hari ni nak tgk ler...mm...citernye bole tahan, cuma slow sikit, belom seram lagi (bg saya ler.hehe)hantu pon tak menyeramkan.hehe. mmm,agaknya episod pertama kot.
eh, okeh la, saya nak layan cite korea lak ni..hehe